Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASTRA Bateriku

Bateri ASTRA Kini Diiktiraf SIRIM, Jenama Tunggal Bateri Di Malaysia Terima Pengesahan Penuh

Diterbitkan Ogos 11, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh ariff bukhari

Jenama bateri automotif tempatan ASTRA keluaran Bateriku (M) Sdn. Bhd. kini diiktiraf SIRIM selepas kesemua 28 SKU produk bateri itu berjaya memperoleh pensijilan IEC 60095.

Malah bateri ASTRA menjadi satu-satunya jenama bateri di Malaysia menerima pengesahan penuh untuk semua kategori iaitu MF, EFB dan AGM.

Pengumuman itu dibuat pada pelancaran Makmal Kualiti Bateriku di Shah Alam bagi menjalankan ujian prestasi, ketahanan dan keselamatan bateri ASTRA mengikut standard antarabangsa.

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah terjual lebih 1 juta unit, disokong oleh ekosistem Bateriku yang mempunyai lebih 225 pitstop dan 1,500 juruteknik gig (BHero).

Pembelian ke atas bateri ASTRA turut menawarkan perlindungan takaful kemalangan diri percuma sehingga RM7,000, waranti nasional dengan bantuan di seluruh negara, serta pengurusan waranti sepenuhnya oleh Bateriku.

Bateriku juga mengamalkan kelestarian melalui inisiatif Briged Hijau untuk pelupusan bateri lusuh dan e-waste secara bertanggungjawab, di samping mempamerkan fasiliti dan pusat operasi syarikat kepada wakil media dalam program pelancaran tersebut.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • EV Mampu Milik, e.MAS 5 Akan Jelajah Ke Seluruh Negara
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China

Sumber: mDaily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
  • Cara Mengosongkan Storan Google Tanpa Kehilangan Gambar Dan Video Penting
  • Siri HUAWEI nova 16s Bakal Tiba Di Malaysia 19 November Ini
  • UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
©2026 WISER.MY