Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Power_1

HONOR Power Dilancarkan Dengan Bateri 8,000mAh, Snapdragon 7 Gen 3

Diterbitkan April 16, 2025 · Dikemas kini April 16, 2025 oleh Amalina Athman

HONOR kini memperkenalkan barisan telefon pintar baharu yang dinamakan “Power”.

Model pertama dalam siri ini, HONOR Power, dilancarkan dengan bateri sebesar 8,000mAh bersama sokongan pengecasan 66W.

HONOR Power_5

Peranti ini dilengkapi paparan OLED berukuran 6.78-inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 4,000 nit.

HONOR Power_2

Dari segi prestasi, HONOR Power dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3 bersama gandingan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk tetapan kamera, ia menampilkan kamera utama 50MP dengan lensa f/1.95 dan penstabil imej optikal (OIS), serta keupayaan rakaman video 4K. Turut disertakan ialah 5MP kamera ultra lebar serta 16MP kamera swafoto yang ditempatkan dalam potongan berbentuk pil.

HONOR Power_4

Dari segi sambungan, HONOR Power hadir dengan cip buatan dalaman, Honor C1+. Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.3, NFC serta menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15.

HONOR Power_6
HONOR Power_8
HONOR Power_7

Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia iaitu Snow White, Phantom Black dan Desert Gold. HONOR Power dijual di China pada harga seperti berikut:

  • 8GB + 256GB – 2,000 yuan (~RM1, 200)
  • 12GB + 256GB – 2,200 yuan (~RM1,322)
  • 12GB + 512GB – 2,500 yuan (~RM1,502)

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • HONOR Mungkin 'Skip' Telefon Lipat Magic V4
  • Magic Portal HONOR Magic7 Pro Kini Sokong Dua Aplikasi Popular Malaysia
  • Tiga Produk Baharu HONOR Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY