Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NAND phison

Harga Storan Dijangka Naik 2x Ganda – CEO Phison

Diterbitkan November 12, 2025 oleh ariff bukhari

Lonjakan permintaan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan telah menyebabkan harga cip NAND meningkat dua kali ganda dalam tempoh enam bulan.

Menurut CEO Phison, K.S. Pua, harga cip TLC 1-terabit naik dari AS$4.80 pada Julai 2025 kepada AS$10.70 pada November 2025.

Kekurangan bekalan juga dijangkakan berterusan sehingga lewat 2027 kerana pengeluar enggan melabur dalam kilang baharu selepas bertahun-tahun mengalami kerugian.

Phison, pembuat pengawal NAND, mencatatkan lonjakan hasil suku ketiga 2025 sebanyak 30% kepada NT$18.14 bilion, dengan keuntungan bersih tertinggi dalam tiga suku.

Syarikat itu kini memberi keutamaan kepada pelanggan perusahaan dan industri, sambil mengurangkan penghantaran runcit.

Jualan SSD perusahaan dijangka menyumbang 20–30% hasil menjelang 2026.

Dengan kebanyakan bekalan 2026 telah habis dijual, kekurangan dijangka menjadi norma baharu industri.

Berkaitan

  • Harga RAM PC Di Pasaran Global Dilaporkan Naik Mendadak
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Sandisk Lancar Koleksi Rasmi Piala Dunia FIFA 2026™ Berbentuk Wisel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY