Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 80 Pro_2

Huawei Mate 80 Pro Bakal Tiba Di Malaysia 12 Mac Ini

Diterbitkan Mac 3, 2026 ยท Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh Amalina Athman

Huawei bakal memperkenalkan Huawei Mate 80 Pro untuk pasaran tempatan, menandakan kembalinya siri Mate ke Malaysia selepas tiga tahun sejak pelancaran Mate 50 pada 2022.

Fokus utama Mate 80 Pro sudah tentu terletak pada sistem kameranya yang direka untuk menawarkan ketepatan merentasi pelbagai jarak fokus, daripada ultra lebar hingga makro telefoto.

Sistem True-to-Colour pula dibangunkan bagi memastikan tona warna kekal tepat walaupun dalam persekitaran pencahayaan yang kompleks. Beberapa ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) turut disertakan seperti AI Composition, AI Remove dan AI Best Expression.

Seperti versi yang diperkenalkan di China, model ini dilengkapi perlindungan Kunlun Glass generasi kedua. Ia turut dimuatkan bateri berkapasiti 5,750mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W wayarles.

Huawei Mate 80 Pro_1

Bagi memastikan prestasi kekal konsisten ketika penggunaan berat, Huawei menyertakan sistem penyejukan SuperCool Dual Phase Change bersama Ark Engine yang membantu mengekalkan kestabilan dan kelancaran operasi.

IMAGE 1 (3)

Pelancaran Mate 80 Pro dijadualkan pada 12 Mac 2026 dan akan ditawarkan melalui saluran jualan rasmi Huawei termasuk kedai fizikal dan platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Bagi pembelian awal, Huawei turut menyertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,115.

IMAGE 2 (1)

Selain Mate 80 Pro, Huawei juga bakal melancarkan Huawei FreeBuds Pro 5, Watch Ultimate 2 serta FreeClip 2 dalam edisi Rose Gold.

Berkaitan

  • Siri Huawei Mate 80 Dilancarkan, Kecerahan Skrin Sehingga 8000 Nits
  • Huawei Kembali Kuasai Pasaran Telefon Pintar China, Apple Hanya Di Tempat Ke-3
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Huawei Perkenal Teknologi Mobile Transport 5G-A Baharu Untuk Persediaan 6G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY