Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Pengguna Lapor Isu iPhone Terpadam Dengan Sendiri

Beberapa Pengguna Lapor Isu iPhone Terpadam Dengan Sendiri

Diterbitkan Oktober 12, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa model iPhone kini dilaporkan mengalami isu terpadam dengan sendiri pada waktu malam, yang menyebabkan penggera dan lain-lain ciri iPhone terganggu.

Berkaitan

  • iOS 17.0.3 Kini Dilepaskan Untuk Baik Pulih Pepijat, Isu Kepanasan Melampau
  • Kemas Kini Khas Untuk iPhone 12, Apple Tegaskan Ia Selamat Diguna Di Seluruh Dunia

Di Reddit, seorang pengguna mengadu bahawa dua penggera iPhone berasingan gagal berbunyi. Beberapa pengguna lain turut berkongsi isu yang sama, di mana masalah itu mungkin berkaitan iPhone yang terpadam dengan sendiri pada waktu malam.

Sebilangan pengguna mendapati mereka perlu memasukkan kata laluan sewaktu membuka iPhone, yang menandakan iPhone dimatikan dan restart. 

iPhone terpadam_3
iPhone terpadam_5
iPhone terpadam_6
iPhone terpadam_4

 

Bagi mengetahui jika iPhone anda terpadam, ia boleh dirujuk melalui Settings pada bahagian Battery. Semak status pengecasan dalam tempoh 24 jam dan jika terdapat gap, ini bermakna iPhone telah dimatikan untuk satu tempoh.

Isu tersebut tidak hanya melibatkan model iPhone 15, tetapi turut menjejaskan sejumlah iPhone 13 Pro Max, iPhone 14 Pro, iPhone 12 dan lain-lain.

Buat masa ini, masih belum jelas apa sebenarnya yang terjadi, sama ada ia berkaitan dengan iOS 17 atau masalah lain.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/clk1k6c
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/clk1k6m

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Neway

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY