Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 15

Kamera iPhone 15 Pro Max Sekadar Ke-2 Terbaik Di Dunia

Diterbitkan September 28, 2023 · Dikemas kini September 29, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan semakan terkini di laman DXOMark mendapati, kedudukan teratas untuk kategori kamera telefon pintar terbaik setakat ini masih lagi dijuarai oleh model telefon pintar Huawei P60 Pro.

Huawei P60 Pro menerima skor markah sebanyak 156 mata dari DXOMark. Manakala telefon pintar terbaru yang dilancarkan Apple baru-baru ini iaitu iPhone 15 Pro Max ditangga kedua dengan skor markah sebanyak 154 mata.

Huawei P60 Pro DXO Mark
iPhone 15 Pro Max DXO Mark

 

DXOMark memuji kamera iPhone tersebut dengan menyatakan, secara keseluruhan, ia memberikan pengalaman kamera yang sangat baik untuk fotografi dan videografi hasil daripada format pengimejan HDR yang dipertingkatkan.

DXOMark juga menyatakan tetapan standard dalam video yang secara konsisten pada iPhone 15 Pro Max mendahului pesaingnya.

Namun begitu, apabila mengambil gambar dalam keadaan cahaya yang sangat malap, iPhone itu akan mengambil masa yang lebih lama untuk merakam gambar dan imej yang dirakam boleh kelihatan berbutir (grainy).

Berkaitan

  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023
  • Selesai Isu USB-C, EU Mahu Apple Buka Ekosistem Kepada Pesaing Pula
  • iPhone 15 Pro Jadi "Lemau" Main Genshin Impact Pada Tetapan Tertinggi

Sumber: DXO Mark

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY