Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Super ZX

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super ZX Dan Super ZX Pro

Diterbitkan April 17, 2025 oleh ariff bukhari

Acer kini kembali dalam pasaran telefon pintar menerusi pelancaran dua model terbarunya, Acer Super ZX dan Super ZX Pro yang muncul di laman rasmi Acer Mobiles India.

Menariknya, kedua-dua peranti ini dihasilkan di India oleh Indikal Technologies di bawah lesen rasmi jenama Acer, namun tiada kaitan secara langsung dengan pengeluar asal dari Taiwan.

Antara spesifikasi utama Acer Super ZX Pro adalah :

  • Skrin: AMOLED 6.67 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 1,000 nits
  • Cip MediaTek Dimensity 7400
  • Varian RAM 6GB +storan 128 GB hingga 12GB + 512 GB
  • Kamera utama 64MP Sony LYT882 + 5MP ultralebar + 2MP
  • Kamera swafoto 13MP (OmniVision)
  • Bateri 5,000 mAh dengan pengecasan 33W

Manakal spesifikasi bagi Acer Super ZX pula adalah:

  • Skrin: LCD 6.7 inci FHD+, kecerahan 800 nits
  • Cip MediaTek Dimensity 6300
  • Varian RAM 4GB + storan 64 GB hingga 8 GB + 256 GB
  • Kamera utama 64MP Sony IMX682 + 2MP makro + 2MP
  • Kamera swafoto 13MP (Samsung)
  • Bateri 5,000 mAh + pengecasan 33W

Kedua-dua telefon terbaru Acer ini menjalankan sistem Android 15 dan akan mula dijual pada 25 April 2025 yang akan mula tersedia di laman Amazon India dengan menyasarkan pengguna yang inginkan spesifikasi menarik tapi mesra bajet.

Acer Super ZX

Harga jualan bagi model Acer Super ZX adalah bermula INR 9,999 (~RM570) dan Acer Super ZX Pro pula bermula INR 17,999 (~RM1,025)

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Telefon Android Kini 'Restart' Secara Automatik Jika Tidak Disentuh Selepas 3 Hari 
  • Microsoft Beri Amaran, Jangan Buang Fail Misteri Dalam Kemas Kini Windows 11 Terbaru

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
  • Google Didapati Pautkan Nombor Telefon Kepada Semua Akaun Secara Automatik
  • Apple Bakal Perkenal Produk Baharu Minggu Depan - MacBook Pro Skrin Sentuh Antara Yang Dijangka
  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
©2026 WISER.MY