Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan “Desktop” Windows

Microsoft Beri Amaran, Jangan Buang Fail Misteri Dalam Kemas Kini Windows 11 Terbaru

Diterbitkan April 17, 2025 oleh ariff bukhari

Pengguna Windows 11 versi 24H2 yang keliru dengan kemunculan folder kosong bernama ‘inetpub’ selepas kemas kini April 2025 tidak perlu risau – ini bukan pepijat, tetapi langkah keselamatan yang disengajakan oleh Microsoft, dan folder tersebut tidak boleh dipadamkan.

Folder ini muncul walaupun pengguna tidak memasang perisian pelayan web IIS (Internet Information Services). Ramai menganggap selamat untuk memadamnya kerana ia kosong.

Screenshot 2025-04-17 110729

Namun, Microsoft kini mengesahkan bahawa folder ini penting untuk pembaikan kelemahan keselamatan, yang boleh digunakan oleh penyerang untuk mengakses atau mengubah fail/folder sistem tanpa kebenaran.

Microsoft dalam laman FAQ mereka menjelaskan bahawa folder ini perlu wujud bagi memastikan sistem dilindungi selepas kemas kini keselamatan dipasang.

“Selepas memasang kemas kini yang disenaraikan dalam jadual Kemas Kini Keselamatan untuk sistem pengendalian anda, folder %systemdrive%inetpub baharu akan dibuat pada peranti anda. Folder ini tidak boleh dipadamkan tanpa mengira sama ada Perkhidmatan Maklumat Internet (IIS) aktif pada peranti sasaran. Tingkah laku ini adalah sebahagian daripada perubahan yang meningkatkan perlindungan dan tidak memerlukan sebarang tindakan daripada pentadbir IT dan pengguna akhir.”

Ia tidak memerlukan sebarang tindakan lanjut daripada pengguna atau pentadbir IT, tetapi mesti dikekalkan dalam sistem – walaupun IIS tidak digunakan.

Jadi, jangan padam folder ‘inetpub’. Kewujudannya adalah untuk menutup lubang keselamatan yang boleh mendedahkan sistem kepada serangan jika penyerang mempunyai akses fizikal ke peranti anda.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Telefon Android Kini 'Restart' Secara Automatik Jika Tidak Disentuh Selepas 3 Hari 
  • iOS 18.4.1 Dikeluarkan Dengan Dua Tampalan Keselamatan Penting

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
©2026 WISER.MY