Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Android Kini ‘Restart’ Secara Automatik Jika Tidak Disentuh Selepas 3 Hari 

Telefon Android Kini ‘Restart’ Secara Automatik Jika Tidak Disentuh Selepas 3 Hari 

Diterbitkan April 16, 2025 · Dikemas kini April 17, 2025 oleh ariff bukhari

Kemaskini Google Systems untuk bulan April 2025 mula memperkenalkan ciri keselamatan baharu di mana jika telefon atau tablet Android anda dikunci (tidak disentuh) selama tiga hari berturut-turut, peranti anda itu akan ‘restart‘ secara automatik.

Anda perlu memasukkan semula kata laluan untuk membukanya.

Google perkenalkan ciri ini dengan tujuan untuk melindungi data pengguna apabila peranti tidak digunakan.

Ia juga merupakan tambahan kepada fungsi keselamatan sedia ada Android yang mirip ciri reboot automatik yang diperkenalkan Apple dalam iOS 18.

Kemaskini lain dalam Google Play Services terbaru ini termasuklah :

  • Pratonton kandungan sebelum menerima pemindahan melalui Quick Share
  • Antaramuka baharu untuk penggunaan dan diagnostik
  • Proses pemindahan data lebih mudah semasa menyediakan telefon baharu

Kemaskini sistem Google terbaru ini sudah tersedia untuk telefon, tablet, peranti boleh pakai, dan semua peranti Android lain secara berperingkat.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Google Naikkan Keperluan Minimum Storan, RAM Untuk Peranti Android
  • Transaksi Dalam Talian Kad CIMB Guna SecureTAC Sepenuhnya Mulai 18 April

Sumber: Google System release notes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY