Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor 24 gb ram

Telefon Pertengahan HONOR Akan Datang Mungkin Guna RAM 24GB

Diterbitkan Ogos 27, 2025 · Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar kelas pertengahan dengan spesifikasi luar biasa.

Ura-ura melaporkan, menerusi model Honor GT 2, telefon ini akan dilengkapi dengan RAM 24GB.

RAM sebesar ini biasanya hanya digunakan dalam model flagship seperti Magic 7 RSR Porsche.

Manakala Honor 90 GT adalah satu-satunya dalam siri GT dilengkapi dengan 24GB RAM.

Jika ura-ura ini benar, Honor GT 2 dijangka menjadi “flagship killer”, mensasarkan peminat permainan mudah alih dengan pengalaman gaming  lancar.

Ciri ini juga menjadikannya pesaing serius kepada Huawei Mate 80 Pro+ dan RS Ultimate, yang dikatakan bakal menggunakan RAM 24GB buat pertama kalinya.

Selain RAM besar, Honor GT 2 turut dilaporkan akan dimuatkan dengan bateri besar 8800mAh serta menyokong pengecasan pantas 100W.

Sebagai perbandingan, model sebelumnya, Honor GT, hadir dengan bateri 5300mAh, pengecasan 100W, RAM hingga 16GB, skrin 6.7 inci, dipacu cip Snapdragon 8 Gen 3 + GPU Adreno 750, serta sistem dwi kamera 50MP + 12MP.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • HONOR Pad 10 5G Kini Tiba Di Malaysia - Harga RM1,799, Hadiah Percuma Bernilai RM1,097
  • HONOR MagicPad3, Tablet Prestasi Laptop Berharga RM2,999

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY