Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga HONOR Pad 10 5G _

HONOR Pad 10 5G Kini Tiba Di Malaysia – Harga RM1,799, Hadiah Percuma Bernilai RM1,097

Diterbitkan Ogos 11, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh Amalina Athman

HONOR baru-baru ini telah memperkenalkan HONOR Pad 10 dengan varian Wi-Fi, dan kini membawa masuk versi 5G untuk pasaran Malaysia.

Secara ringkas, HONOR Pad 10 dilengkapi paparan LCD 12.1-inci dengan resolusi 2.5K dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

HONOR Pad 10_2

Ia dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3 bersama 8GB RAM dan 256GB storan. Bagi menghidupkan peranti, HONOR Pad 10 diiisi dengan bateri 10,100mAh.

Tablet ini turut menyokong sambungan 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 dan menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15.

HONOR Pad 10 5G Now Available Nationwide_Social Media

HONOR Pad 10 5G ditawarkan pada harga RM1,799 dalam warna Grey. Sementara itu, versi Wi-Fi pula dijual pada harga RM1,499 dan hadir dengan pilihan warna Cyan dan Grey.

Sebagai tambahan, pembeli juga akan menerima pakej hadiah percuma bernilai RM1,097 yang merangkumi Smart Bluetooth Keyboard, HONOR Pencil dan HONOR CHOICE Headphones Pro.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR Malaysia.

Berkaitan

  • HONOR Pad 10 Tiba Dengan Paparan 2.5K, Bateri 10,100mAh, Harga RM1,499
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • HONOR Lancar Kedai Dan Pusat Servis Terbesar Di Johor Bahru
  • HONOR Magic V5 - 'Foldable' Mantap Tapi Dua Aspek Ni HONOR Boleh Tambah Baik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY