Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR MagicPad3

HONOR MagicPad3, Tablet Prestasi Laptop Berharga RM2,999

Diterbitkan Ogos 20, 2025 · Dikemas kini Ogos 20, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR hari ini melancarkan MagicPad3, sebuah tablet flagship yang direka untuk hiburan dan produktiviti dengan spesifikasi berprestasi.

HONOR menyatakan bahawa tablet ini berupaya menggantikan komputer riba untuk mudah alih.

Dilengkapi paparan paparan LCD 13.3 inci beresolusi tinggi (3200 x 2136 piksel) dengan kadar segar semula 165Hz dan kecerahan puncak HDR 1000 nits, MagicPad 3 menawarkan pengalaman visual mengkagumkan.

HONOR MagicPad3

Dari segi audio, HONOR MagicPad3 hadir dengan 8 pembesar suara HONOR Spatial Audio yang menyokong DTS:X Ultra, memastikan bunyi sinematik ketika menonton atau bermain permainan.

Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3 dan dipadankan dengan 32GB RAM (termasuk HONOR RAM Turbo) serta 512GB storan, prestasi MagicPad3 sangat sesuai untuk tugasan berat mahupun hiburan.

HONOR MagicPad3

Bateri 12,450mAh dengan pengecasan pantas 66Wnya pula memberi ketahanan lama, manakala sistem operasi MagicOS 9.0.1 berasaskan Android 15 dilengkapi ciri pintar berasaskan AI.

Antara ciri AI menarik pada MagicPad3 termasuklah AI Writing, AI Handwriting dan AI Meeting – Transkripsi suara-ke-teks, pembatalan hingar pintar, dan catatan mesyuarat automatik.

HONOR MagicPad 3 Launch

HONOR turut menyertakan aksesori seperti Magic Pencil 3 dan Smart Touch Keyboard, menjadikannya lengkap untuk produktiviti harian.

Dengan kombinasi prestasi, visual, dan kecerdasan AI, HONOR MagicPad 3 ditawarkan pada harga RM2,999.

Beli HONOR MagicPad3 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmwt2w
  • Lazada – https://invl.me/clmwt2v

Berkaitan

  • POCO M7 Dilancarkan - Bateri Besar, Harga Bermula RM469
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Kini Rasmi, Harga RM1599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY