Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix note 50s

Telefon Pertama Dengan Bau Wangi? Infinix NOTE 50X & 50S 5G Kini Di Malaysia

Diterbitkan April 22, 2025 · Dikemas kini April 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Selain model berkuasa Note 50 Pro+ 5G, Infinix turut membawa masuk dua model baharu dalam siri NOTE 50 5G mereka, iaitu NOTE 50X 5G dan NOTE 50S 5G, melengkapkan ekosistem peranti pintar mereka yang kini merangkumi NOTE 50 Pro+ 5G dan Infinix AI Buds.

Kedua-dua peranti menampilkan inovasi berasaskan AI, reka bentuk bergaya, serta prestasi menyeluruh untuk kegunaan harian, permainan dan penciptaan kandungan.

NOTE 50X 5G KV

Infinix NOTE 50X 5G hadir dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 7300 Ultimate 5G yang dilengkapi bateri 5200mAh dengan pengecasan pantas 45W All-Round FastCharge 3.0, serta kamera utama 50MP Ultra-Clear dengan keupayaan rakaman video 4K.

Reka bentuknya menonjol dengan modul kamera bergaya permata dan fungsi Active Halo Lighting yang memberi kesan visual interaktif. Ciri unik Energising Scent-Tech pula memperkenalkan kemasan kulit aromatik yang menyegarkan, menjadikan telefon ini satu pengalaman deria yang berbeza.

NOTE 50S 5G KV

Infinix NOTE 50S 5G pula menawarkan paparan 3D AMOLED melengkung dengan kadar segar semula 144Hz untuk visual yang sangat lancar. Ia juga menggunakan cip Dimensity 7300 Ultimate, storan 256GB dan RAM 8GB yang boleh dikembangkan ke 16GB.

Ciri-ciri lain termasuk kamera Sony IMX682 64MP, rakaman video 4K, kemasan aromatik Energising Scent-Tech, serta tahap ketahanan IP64 dan pensijilan TÜV.

Kedua-dua model tersedia di kedai rasmi TikTok, Shopee, Lazada, kedai jenama Infinix dan pengedar sah seluruh negara.

Harga pasaran:

  • Infinix NOTE 50X 5G: RM699
  • Infinix NOTE 50S 5G: RM899 (dengan tali telefon percuma bernilai RM49, selagi stok masih ada)

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Infinix Note 50 Pro+ 5G Mula Dijual, Harga RM1,599
  • Garena Delta Force Kini Tersedia Dimuat Turun Di Android Dan iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY