Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
garena delta force

Garena Delta Force Kini Tersedia Dimuat Turun Di Android Dan iOS

Diterbitkan April 22, 2025 ยท Dikemas kini April 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Garena Delta Force kini rasmi dilancarkan di Malaysia dan boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Permainan FPS berskala besar ini menawarkan pengalaman tempur intensif 24v24 merentasi darat, laut dan udara, lengkap dengan sokongan penuh kenderaan dan mod extraction shooter generasi baharu.

Menariknya, permainan ini menyokong cross-progression, membolehkan pemain menikmati pengalaman lancar di kedua-dua platform mudah alih dan PC melalui pelayan Garena.

garena delta force

Dengan lebih 25 juta pra-pendaftaran, Delta Force Mobile sedia menjadi pilihan utama peminat permainan aksi taktikal.

Pelancaran ini turut menandakan permulaan Season Eclipse Vigil, yang memperkenalkan Operator baharu, Elio de Montbel (Operator Nox), pakar dalam taktik senyap dan kawalan musuh.

Mod tempur malam “Operation Blackout” juga kini tersedia di PC, menambah cabaran dan kelebihan strategik dalam kegelapan.

Antara penambahan lain termasuk senjata dan kenderaan baharu, fungsi Kill Cam yang dinanti-nantikan, reka bentuk audio yang lebih imersif, serta papan kedudukan global untuk mengukur prestasi pemain seluruh dunia.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Kajian: Pemain 'Counter-Strike' Bertindak Lebih Pantas Dalam Buat Keputusan
  • Valorant Mobile Akhirnya Diumum, Tapi Anda Belum Boleh Main Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY