Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix note 50 pro+ 5g

Infinix Note 50 Pro+ 5G Mula Dijual, Harga RM1,599

Diterbitkan April 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Infinix memperkenalkan peranti terbaharunya, NOTE 50 Pro+ 5G, sebagai paling berprestasi dalam siri ini yang turut merangkumi NOTE 50S 5G dan NOTE 50X 5G.

Dilengkapi cip MediaTek Dimensity 8350 Ultimate 5.5G dan skrin AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz, NOTE 50 Pro+ 5G direka khusus untuk pengalaman permainan mudah alih kelas andalan.

Dengan skor AnTuTu melebihi 1.45 juta, ia mengatasi Snapdragon 8 Gen 1+ dalam ujian penanda aras. Turut hadir ciri-ciri seperti Super WiFi 2.0, sistem penyejukan VC 11 lapisan, dan XBOOST AI Gaming Engine.

Selain prestasi, NOTE 50 Pro+ 5G turut menampilkan sistem kamera pro-grade dengan kamera periskop 50MP OIS dan sokongan zum digital sehingga 100X.

infinix note 50 pro+ 5g

AI RAW Image Processing dan OIS memberikan hasil gambar lebih tajam dan warna lebih cantik. Ia dilengkapi Infinix AI∞ dan pembantu pintar Folax, menawarkan ciri seperti AI Recording Summary, Camera Q&A serta AI Writing Assistant.

infinix note 50 pro+ 5g

Ciri kesihatan seperti Bio-Active Halo AI Lighting turut hadir untuk pemantauan kadar jantung dan oksigen dalam darah secara masa nyata.

Bateri berkapasiti 5200mAh disokong pengecasan pantas 100W All-Round FastCharge 3.0 dan pengecasan wayarles 50W MagCharge.

Peranti ini hadir dengan storan 256GB dan RAM 12GB (boleh dikembangkan sehingga 24GB), dalam pilihan warna Titanium Grey, Enchanted Purple, dan Racing Edition.

infinix note 50 pro+ 5g

Sebagai pelengkap kepada pelancaran siri ini, Infinix turut memperkenalkan Infinix AI Buds, fon telinga pintar dengan fungsi terjemahan AI masa nyata dalam 162 bahasa, kualiti audio premium, dan jangka hayat bateri sehingga 36 jam.

infinix note 50 pro+ 5g

Harga rasmi Infinix NOTE 50 Pro+ 5G ialah RM1,599, dan pembeli awal akan menerima sepasang Infinix AI Buds bernilai RM399 secara percuma, selagi stok masih ada.

Berkaitan

  • Bukan Sekadar Telefon Lipat, Infinix ZERO Mini Tri-Fold Bawa Konsep Baharu
  • Infinix Lancar Siri Note 50, Boleh Pantau Kadar Jantung & Oksigen Darah Guna Telefon
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY