Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telefon Lipat Paling Nipis, Honor Magic V6 Diperkenalkan Di MWC 2026

Posted on Mac 2, 2026

Honor memperkenalkan Magic V6 di MWC 2026 sebagai telefon lipat paling nipis dengan ketebalan hanya 8.75mm.

Ia hadir dengan bateri 6,600mAh berteknologi silikon-karbon generasi kelima, menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 66W tanpa wayar.

Magic V6 juga menjadi telefon lipat pertama dengan penarafan IP68 dan IP69, menjadikannya tahan debu, air, serta pancutan air bersuhu tinggi.

 

Skrin luar berukuran 6.52 inci dan skrin dalam 7.95 inci, kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz dengan lipatan yang hampir tidak kelihatan.

Ia juga menjadi telefon lipat pertama yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Di bahagain kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP, ultra-lebar 50MP dan telefoto 64MP.

Namun, Honor masih belum mengumumkan harga atau ketersediaan untuk Magic V6, tetapi ia dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress