Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi 17 Ultra Dan Leica Leitzphone Dilancar Dengan Fokus Fotografi Profesional, Harga Bermula RM5,499

Posted on Mac 1, 2026

Selain Xiaomi 17, Xiaomi turut memperkenalkan dua lagi model premium dalam siri ini iaitu Xiaomi 17 Ultra dan Leica Leitzphone powered by Xiaomi yang memfokuskan pengalaman fotografi mudah alih bertaraf profesional.

Xiaomi 17 Ultra hadir sebagai model flagship paling berkuasa dalam siri ini dengan reka bentuk premium serta binaan lebih tahan lasak melalui Xiaomi Guardian Structure yang merangkumi Xiaomi Shield Glass 3.0, rangka aluminium dan perlindungan kalis air serta habuk IP68. Telefon ini mempunyai ketebalan sekitar 8.29mm dengan berat 218 gram dan hadir dalam pilihan warna Black, White dan Starlit Green.

Fokus utama Xiaomi 17 Ultra terletak pada sistem kamera Leica yang lebih maju. Kamera utamanya menggunakan sensor 1 inci Light Fusion 1050L dengan teknologi LOFIC yang direka untuk meningkatkan julat dinamik serta prestasi HDR. Xiaomi turut melengkapkan telefon ini dengan kamera telefoto Leica 200MP yang menyokong zum optikal mekanikal 75mm hingga 100mm dan mampu mencapai jarak fokus sehingga 400mm untuk fotografi jarak jauh.

Untuk rakaman video, Xiaomi 17 Ultra menyokong Dolby Vision serta rakaman ACES Log sehingga 4K 120fps, menjadikannya sesuai untuk pencipta kandungan dan penggambaran video profesional. Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama RAM LPDDR5X, storan UFS 4.1 dan sistem operasi Xiaomi HyperOS 3.

Dalam masa sama, Xiaomi dan Leica turut memperkenalkan Leica Leitzphone powered by Xiaomi, sebuah telefon edisi khas yang dibangunkan sempena ulang tahun ke-100 Leica. Peranti ini menampilkan reka bentuk premium dengan badan aluminium aloi serta kemasan nickel-anodized yang diinspirasikan daripada kamera Leica klasik.

Salah satu ciri unik telefon ini ialah Leica Camera Ring, iaitu dail fizikal dengan tekstur knurling yang membolehkan pengguna mengawal fungsi kamera seperti menggunakan kamera sebenar. Ia juga dilengkapi Leica Essential Mode yang meniru karakter imej kamera Leica ikonik seperti Leica M9 dan Leica M3 serta profil filem MONOPAN 50.

Di Malaysia, Xiaomi 17 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM5,499, manakala Leica Leitzphone powered by Xiaomi dijual pada harga RM7,499 dalam edisi terhad.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress