Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Motorola Razr Fold Peranti Pertama Guna Gorilla Glass Ceramic 3

Motorola Razr Fold Peranti Pertama Guna Gorilla Glass Ceramic 3

Diterbitkan Mac 2, 2026 · Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh ariff bukhari

Corning baru sahaja melancarkan Gorilla Glass Ceramic 3, kaca seramik paling tahan lasak setakat ini yang direka khusus untuk meningkatkan ketahanan telefon pintar apabila terjatuh dengan Motorola menjadi pengeluar pertama yang mengintegrasikan teknologi ini ke dalam telefon lipat razr terbaharu.

Ujian Corning menunjukkan Gorilla Glass Ceramic 3 mampu bertahan apabila jatuh dari ketinggian lebih dua meter ke permukaan konkrit serta 20 kali ujian jatuh berulang dari ketinggian satu meter ke permukaan asfalt.

Motorola Razr Fold Peranti Pertama Guna Gorilla Glass Ceramic 3

Motorola memperkenalkan motorola razr fold, telefon lipat gaya buku pertama dalam siri razr.

Ia menampilkan skrin luar 6.6 inci dan skrin dalam 8.1 inci 2K LTPO dari Gorilla® Glass Ceramic 3 yang memberikan prestasi jatuh yang lebih baik sebanyak 75% berbanding Gorilla® Glass Ceramic generasi pertama.

Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 5, ia dilengkapi sistem kamera dengan sensor utama 50MP, lensa telefoto periskop, ultralebar, dan kamera swafoto dalaman serta luaran.

Motorola Razr Fold Peranti Pertama Guna Gorilla Glass Ceramic 3
Motorola Razr Fold Peranti Pertama Guna Gorilla Glass Ceramic 3

Ia juga dimuatkan bateri 6000mAh menyokong pengecasan pantas 80W dan tanpa wayar 50W.

Ia turut hadir dengan Moto Pen Ultra, stylus berketepatan tinggi dengan ciri kreatif. Harga jualan bagi motorola razr fold adalah bermula €1,999 (~RM9,190) di Eropah termasuk akseori pen stylus.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Telefon Lipat Paling Nipis, Honor Magic V6 Diperkenalkan Di MWC 2026
  • HONOR Perkenal MagicPad 4, Lebih Nipis Dan Dipacu Snapdragon 8 Gen 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
©2026 WISER.MY