Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MagicPad 4 3

HONOR Perkenal MagicPad 4, Lebih Nipis Dan Dipacu Snapdragon 8 Gen 5

Diterbitkan Mac 2, 2026 · Dikemas kini Mac 2, 2026 oleh ariff bukhari

HONOR memperkenalkan MagicPad 4, tablet premium yang menekankan produktiviti dan ekosistem AI.

Diperkenalkan di MWC 2026, Peranti ini hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 di mana HONOR menjanjikan prestasi tablet terbaru ini setara PC tapi dalam reka bentuk ultra nipis.

HONOR melakukan perubahan reka bentuk yang ketara pada MagicPad 4 di man ia kini hanya setebal 4.8mm.

Berbanding model sebelumnya, MagicPad 3 mempunyai ketebalan 5.79mm. Tapi saiz skrin OLED MagicPad 4 lebih kecil (12.3 inci) berbanding MagicPad 3 (13.3 inci).

Juga sedikit perubahan pada resolusi skrin kini 3K (sebelum ini 3.2K), tapi mengekalkan kadar segar semula 165Hz untuk pengalaman visual terbaik.

MagicPad 4 turut menampilkan ciri AI seperti multitugas pintar, kolaborasi rentas peranti termasuk dengan ekosistem Apple, serta integrasi Linux Lab untuk pembangun.

MagicPad 4 4

Ditawarkan dalam warna Kelabu dan Putih, harga jualan HONOR MagicPad 4 bermula €699 (~RM3,220).

Sebagai perbandingan, model sebelumnya iaitu HONOR MagicPad 3 yang dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2025 lalu dijual pada harga bermula RM2,999.

Berkaitan

  • HONOR MagicPad3, Tablet Prestasi Laptop Berharga RM2,999
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Telefon Lipat Paling Nipis, Honor Magic V6 Diperkenalkan Di MWC 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
©2026 WISER.MY