Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google veo 3

Video AI Semakin Realistik, Industri Kreatif Mula Rasa Terancam

Diterbitkan Julai 9, 2025 · Dikemas kini Julai 11, 2025 oleh Amsyar Latif

Kualiti video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) semakin meyakinkan, menggantikan era video cacat seperti tangan enam jari atau wajah yang herot. Contoh tular seperti Will Smith makan spageti, yang dahulunya kelihatan janggal, kini kelihatan hampir sempurna hasil kemajuan pesat teknologi seperti Google Veo 3, OpenAI Sora, Luma Labs Dream Machine dan Runway Gen-4.

Syarikat besar seperti Lionsgate dan AMC telah mula menggunakan AI dalam proses pra-produksi seperti papan cerita dan visualisasi awal. Ini membolehkan mereka mengurangkan kos dengan menghasilkan klip ujian yang sebelum ini memerlukan jutaan dolar. Pada Oktober lalu, filem animasi penuh pertama yang dijana AI, Where the Robots Grow, telah pun dilancarkan.

filem ai
Filem Where The Robots Grow

Beberapa syarikat baharu seperti Staircase Studio pula merancang untuk menghasilkan tujuh hingga lapan filem setahun dengan kos rendah menggunakan AI, namun masih mengekalkan pekerja profesional yang berdaftar dengan kesatuan. Walau bagaimanapun, ada penggiat seni yang tetap enggan menggunakan AI kerana merasakan ia mengganggu proses kreatif.

google veo 3
google veo 3

Teknologi ini menawarkan fleksibiliti besar kepada pencipta, termasuk keupayaan untuk melakukan semakan berkali-kali tanpa menanggung kos tinggi. Namun, kebimbangan tetap wujud terhadap kesan penggunaannya, termasuk keperluan tenaga dan air yang tinggi, serta isu hak cipta dalam melatih model AI menggunakan karya asal orang lain.

Profesor Elizabeth Strickler dari Georgia State University menyatakan bahawa menolak AI dalam industri hiburan kini ibarat menjalankan perniagaan tanpa internet.

Ia mungkin boleh dilakukan untuk sementara waktu, tetapi akhirnya sukar untuk kekal relevan. AI bukan sahaja mula mencabar dominasi Hollywood, malah membuka peluang kepada lebih ramai pencipta bebas untuk menyampaikan karya mereka secara langsung kepada penonton.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Penyelidik Dakwa Model AI Kini Tahu Menipu Dan Buat Ugutan
  • Prestasi Matematik Melonjak Selepas Otak Dirangsang Dengan Elektrik
  • Pekerja Microsoft Dibuang, Eksekutif Xbox Cadang Guna AI Untuk Sokongan Emosi

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY