Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prestasi Matematik Melonjak Selepas Otak Dirangsang Dengan Elektrik

Prestasi Matematik Melonjak Selepas Otak Dirangsang Dengan Elektrik

Diterbitkan Julai 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Kajian terbaru yang diterbitkan dalam PLOS Biology menunjukkan bahawa rangsangan elektrik ringan ke otak boleh meningkatkan prestasi matematik. Sekali gus membuka potensi baharu dalam cara kita memahami dan meningkatkan keupayaan pembelajaran.

Penyelidikan yang diketuai oleh ahli neuro-sains, Profesor Roi Cohen Kadosh dari University of Surrey, melibatkan 72 pelajar Universiti Oxford.

Mereka menjalani imbasan otak bagi menilai hubungan antara tiga kawasan utama otak, iaitu dorsolateral prefrontal cortex (mengawal fungsi eksekutif) dan posterior parietal cortex (terlibat dalam ingatan).

Kajian mendapati bahawa individu dengan sambungan yang lebih kukuh antara kawasan-kawasan ini menunjukkan prestasi pengiraan matematik yang lebih baik.

Namun yang menarik, apabila peserta yang mempunyai prestasi rendah menerima rangsangan otak menggunakan teknik transcranial random noise stimulation (TRNS) di mana ia satu kaedah tidak menyakitkan melalui topi elektrod, prestasi mereka meningkat sebanyak 25 hingga 29 peratus.

Rangsangan ini dipercayai berfungsi dengan meningkatkan kepekaan neuron dan mengimbangi kekurangan sambungan saraf melalui interaksi dengan bahan kimia otak GABA.

Yang paling mengejutkan, peserta berprestasi rendah yang dirangsang ini mampu menyamai atau melepasi pencapaian rakan-rakan mereka yang pada asalnya lebih baik secara semula jadi.

Bagaimanapun, peserta yang sudah berprestasi tinggi tidak menunjukkan sebarang peningkatan selepas menerima rangsangan.

Menurut Cohen Kadosh, ini memberi harapan besar kepada individu yang berdepan kesukaran dalam pembelajaran. Ia membuka peluang baharu yang sebelum ini tertutup khususnya jika kaedah ini dibangunkan untuk aplikasi dunia sebenar.

Katanya, kita sering fokus kepada faktor luaran seperti kualiti sekolah dan guru, tetapi biologi otak juga memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang.

Pun begitu, beliau juga memberi amaran mengenai isu etika. Sekiranya teknologi ini hanya mampu diakses oleh golongan berada, ia boleh memburukkan lagi jurang pendidikan dan sosial.

Beliau menegaskan bahawa orang ramai tidak sepatutnya mencuba teknik ini sendiri di rumah, kerana ia masih dalam peringkat kajian.

Secara keseluruhan, penemuan ini memberi pandangan baharu dalam usaha menjadikan pembelajaran lebih adil dengan potensi untuk membantu lebih ramai individu mencapai potensi sebenar mereka.

Berkaitan

  • AI Boleh Berfikir Macam Manusia? Kajian Apple Dedahkan Realiti Sebenar
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Penyelidik Dakwa Model AI Kini Tahu Menipu Dan Buat Ugutan

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY