Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Hologram AI Bakal Memenuhi Ruang Rumah Anda

Teknologi Hologram AI Bakal Memenuhi Ruang Rumah Anda

Diterbitkan Januari 8, 2026 · Dikemas kini Januari 8, 2026 oleh ariff bukhari

Teknologi hologram bakal memenuhi ruang rumah sedikit masa lagi apabila pelbagai syarikat teknologi mula menampilkan produk hologram mereka di CES 2026.

Antaranya adalah Razer menerusi Project AVA telah memperkenalkan peneman meja pintar dengan hologram animasi setinggi 5 inci yang mampu bergerak secara semula jadi, lengkap dengan ekspresi wajah dan penjejakan mata.

Teknologi Hologram AI Bakal Memenuhi Ruang Rumah Anda
AVA menggunakan enjin pembelajaran adaptif yang mengingati keutamaan pengguna, digabungkan dengan kamera HD, mikrofon jauh, dan mod PC Vision untuk memberi nasihat strategi atau sokongan produktiviti secara langsung.

Lebih daripada sekadar alat permainan, AVA berfungsi sebagai penganjur peribadi untuk jadual harian, perunding AI bagi idea kreatif, dan rakan permainan yang memberi kelebihan kompetitif.

Teknologi Hologram AI Bakal Memenuhi Ruang Rumah Anda
Lepro, syarikat dari AS turut menampilkan hologram mereka sendiri, peneman AI bernama Lepro Ami

ASUS turut menampilkan teknologi hologram menerusi model komputer meja gaming mereka, ROG G1000 yang menggabungkan prestasi ekstrem dan inovasi holografik.

Terasnya ialah AniMe Holo fan, sistem kipas hologram pertama dalam PC  yang memaparkan visual boleh ubah.

Teknologi Hologram AI Bakal Memenuhi Ruang Rumah Anda

Kemunculan produk hologram yang lebih banyak di acara CES pada tahun ini sekali gus menunjukkan masa depan hologram dengan dipacu AI bakal mendapat tempat dihati pengguna.

Sekali gus meluaskan lagi platform AI dalam kehidupan seharian di masa akan datang.

 

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • ASUS Perkenal Cermin Mata 'Gaming' 240Hz Pertama Di Dunia
  • Pasport, MyKad Berwajah Baharu Bakal Diperkenal Suku Kedua Tahun Ini - Ciri Keselamatan Dipertingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY