ASUS Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan ROG XREAL R1, cermin mata gaming pertama di dunia dengan paparan spatial 240Hz mikro-OLED FHD (1920 x 1080) yang direka untuk membawa pengalaman bermain baharu.
Dibangunkan bersama XREAL, peranti ini menampilkan skrin maya sehingga 171 inci pada jarak empat meter dengan medan pandangan 57 darjah.

ROG XREAL R1 menyokong sambungan luas melalui ROG Control Dock dengan HDMI dan DisplayPort, serta boleh disambung terus ke ROG Ally menggunakan satu kabel USB-C tanpa sebarang tetapan rumit.
Paparan ultra-lancar 240Hz dan kependaman rendah memastikan visual kekal lancar dan responsif untuk permainan pantas.
Lensanya juga boleh dilaras secara automatik mengikut pencahayaan persekitaran. Pengalaman turut diperkaya dengan bunyi oleh Bose, menghasilkan audio spatial yang jelas dan imersif.

Dengan berat hanya 91 gram, ROG XREAL R1 menawarkan pengalaman gaming skrin besar yang boleh dinikmati walau di mana sahaja anda berada.
Walau bagaimanapun, ASUS tidak mengumumkan tarikh pelancaran rasmi atau harga jualannya buat masa ini.
{suggest}


