Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Juniper Networks x PayNet_4

PayNet Guna Teknologi AI Untuk Bagi Pengalaman Pembayaran Lebih Baik

Diterbitkan Oktober 27, 2023 · Dikemas kini Oktober 27, 2023 oleh ariff bukhari

Peneraju rangkaian pacuan AI, Juniper Networks mengumumkan, Payments Network Malaysia (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan Malaysia, telah memilih penyelesaian kampus Juniper yang dipacu oleh Mist AI™.

Rangkaian yang dinaik taraf termasuk Juniper Networks EX Series dan Wireless Access Points, Wired dan perkhidmatan Wi-Fi Assurance, serta Marvis™ Virtual Network Assistant dipandu oleh Mist AI, meningkatkan keupayaan jaringan di seluruh kawasan kampus PayNet dan pusat arahan jarak jauh.

Marvis Juniper Network Assistant membantu menentukan punca masalah, cerapan proaktif dan tindakan preskriptif, yang sangat bermanfaat kerana ia beroperasi di luar pusat kawalan jarak jauh.

Teknologi AI ini juga membolehkan PayNet mengintegrasikan pelbagai peranti IoT di bangunannya, seperti CCTV dan TV pintar, ke dalam jaringan baharu.

Juniper Networks x PayNet_1

Sekaligus memastikan lebih daripada 500 kakitangan di ibu pejabat mereka menikmati pengalaman digital lebih baik, terutamanya dengan pengamalan model kerja hibrid.

Dalam kenyataan medianya memaklumkan, pada tahun 2022 sahaja, PayNet memproses transaksi bernilai MYR$1 trilion. Ini termasuk perkhidmatan pembayaran tanpa tunai (DuitNow), pembayaran bil (FPX), pemindahan antara bank (IBG) serta rangkaian ATM bersama di seluruh negara.

Juniper Networks x Paynet_5- Financial Services by PayNet

“Kami berbesar hati untuk mendukung rakan kongsi yang menyediakan perkhidmatan penting bagi kehidupan seharian pelanggan mereka. Kami berbangga untuk memainkan peranan penting dalam infrastruktur jaringan PayNet – sama seperti misi mereka untuk membangun ekosistem pembayaran dan kewangan yang inklusif, mudah diakses dan cekap untuk rakyat Malaysia, tugas kami memberikan mereka penyelesaian jaringan terbaik yang ditawarkan oleh teknologi. Menyaksikan perjalanan pertumbuhan mereka di seluruh rantau dan dunia adalah satu penghormatan, dan kami berharap dapat mengukuhkan kerjasama ini seiring dengan perkembangan mereka.” Perry Sui, Naib Presiden Wilayah, ASEAN & Taiwan, Juniper Networks.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Maxis Beri Naik Taraf Kelajuan Percuma Dan Pelan Fiber Baharu Serendah RM89

Sumber: Siaran media Juniper

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY