Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Tayar Baharu Continental Cekap Bahan Api, Lebih Senyap Untuk EV Dan Hibrid

2 Tayar Baharu Continental Cekap Bahan Api, Lebih Senyap Untuk EV Dan Hibrid

Diterbitkan Julai 9, 2025 oleh ariff bukhari

Bagi memenuhi permintaan tayar yang menjimatkan bahan api dan mesra alam di Malaysia yang terus meningkat serta keselamatan dan keselesaan Continental memperkenalkan 2 tayar baharu, EcoContact 6 dan EcoContact 6Q ke pasaran tempatan.

Kedua-dua tayar ini direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api, mengurangkan pelepasan karbon, dan memberi cengkaman serta kestabilan di jalan kering dan basah.

EcoContact 6 menekankan ketahanan dan kecekapan melalui sebatian silika dan reka bentuk rib asimetri, manakala EcoContact 6Q pula dilengkapi teknologi pengurangan bunyi, corak bunga khas, dan kompaun Advanced Green Chili 2.0 untuk pemanduan lebih senyap, lancar, dan selesa.

Kedua-duanya turut dilengkapi teknologi ContiSilent™, yang menggunakan busa poliuretana untuk mengurangkan bunyi kabin sehingga 9 dB(A).

2 Tayar Baharu Continental Cekap Bahan Api, Lebih Senyap Untuk EV Dan Hibrid
Tayar ini sesuai untuk kenderaan petrol, hibrid, dan elektrik — dengan EcoContact 6 lebih fokus pada daya tahan, manakala EcoContact 6Q pada keselesaan dan bunyi yang lebih senyap.
2 Tayar Baharu Continental Cekap Bahan Api, Lebih Senyap Untuk EV Dan Hibrid

Continental EcoContact 6 dan 6Q terdapat dalam saiz 15″ to 21″, dengan tanda OE yang dihasilkan secara khas dan diluluskan untuk kenderaan BMW dan Mercedes-Benz.

Continental EcoContact 6 dan 6Q boleh didapati di pengedar sah dan cawangan rasmi Continental di seluruh negara.

Beli Continental EcoContact 6 dan 6Q dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmt9i8
  • Lazada – https://invl.me/clmt9ic

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tayar Continental Kini Mengandungi Bahan Botol Plastik Kitar Semula
  • Teknologi Bola Golf Dalam Tayar? Continental EcoContact 7 Tingkatkan Kecekapan Pemanduan
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY