Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
stellar blade PC

Tarikh Pelancaran, Harga Dan Spesifikasi Stellar Blade Versi PC Diumumkan

Diterbitkan Mei 16, 2025 · Dikemas kini Mei 16, 2025 oleh ariff bukhari

Akhirnya, selepas dibangunkan eksklusif untuk konsol PS5, versi PC Stellar Blade akan dilancarkan pada 12 Jun 2025 ini.

Malah versi PC Stellar Blade akan tersedia dengan pelbagai ciri baharu dan kandungan tambahan menarik yang akan turut diterima pemain permainan ini di konsol PS5 melalui kemas kini percuma.

Untuk versi PC, Stellar Blade menyokong ciri NVIDIA DLSS 4, DLAA, Reflex, dan AMD FSR 3, serta kadar bingkai tanpa kunci yang membolehkan pemain memaksimumkan potensi PC mereka sepenuhnya.

Stellar Blade
Meraikan pelancaran versi PC, pembangun akan memberikan semua pemain pakaian baru Crimson Wing sebagai tanda penghargaan mereka.  Stellar Blade dibangunkan oleh syarikat pembangun permainan dari Korea Selatan, Shift Up.

Permainan ini juga menyokong resolusi ultra lebar (21:9) dan super ultra lebar (32:9), menjadikan visual lebih luas dan terperinci, termasuk tekstur latar beresolusi tinggi.

Di PC juga, Stellar Blade menyokong pengawal DualSense dengan haptic feedback dan adaptive triggers, serta penyesuaian kekunci penuh untuk gamepad, papan kekunci, dan tetikus.

Dengan peningkatan ini, misi Eve dalam Stellar Blade akan lebih mengagumkan dan penuh aksi.

Tetapi, sebelum itu, bagi menikmati versi PC Stellar Blade dengan lancar, anda disyorkan pastikan PC anda memenuhi spesifikasi berikut:

Stellar Blade spec

Stellar Blade versi PC akan tersedia di platform Steam dan Epic Games Store pada harga RM249 untuk Standard Edition dan RM339 untuk Complete Edition.

Berkaitan

  • Syarikat Pembangun Permainan Video Dari Korea Selatan Beri Bonus Dan PS5 Pro Pada Semua Pekerjanya
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Sony WH-1000XM6 Kini Rasmi Di Malaysia – Harga RM2,099, Ini Yang Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY