Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Pembangun Permainan Video Dari Korea Selatan Beri Bonus Dan PS5 Pro Pada Semua Pekerjanya

Syarikat Pembangun Permainan Video Dari Korea Selatan Beri Bonus Dan PS5 Pro Pada Semua Pekerjanya

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Shift Up, pembangun permainan Stellar Blade yang dibangunkan eksklusif untuk konsol PS5, telah menghadiahkan kepada semua kakitangannya konsol PlayStation 5 Pro dan bonus tunai sebanyak 5  juta won (~RM15,000) untuk menghargai usaha pekerjanya yang berjumlah 311 pekerja semuanya pada suku ketiga 2024.

Langkah itu juga mencerminkan kejayaan besar yang dicapai syarikat tersebut.

Permainan berjudul ‘Stellar Blade’, yang telah  dilancarkan pada April 2024 lalu, telah terjual lebih daripada 1 juta salinan dalam tempoh dua bulan sahaja.

Walaupun ulasan IGN memberikan skor 7/10, dengan pujian pada aksi tetapi kritikan pada cerita dan mekanik RPG, permainan ini terus diperbaharui.

Keuntungan besar Shift Up termasuk pendapatan 48.4 bilion won (~RM168 juta) dari Stellar Blade pada dua suku pertama selepas pelancaran, walaupun permainan mudah alih mereka, Goddess of Victory: Nikke, memberikan pulangan yang lebih banyak.

Pada Julai lepas, Shift Up berjaya mengumpul sebanyak 435 bilion won (~RM1.5 bilion) pada hari pertama IPO yang merupakan rekod terbesar untuk syarikat permainan Korea sejak 2021.

Shift Up merancang untuk melancarkan Stellar Blade di PC pada 2025 ini dengan menjangkakan jualan lebih tinggi berdasarkan kejayaan permainan lain di Steam.

Mereka juga sedang membangunkan projek baharu, Project Witches yang dijangka dilancarkan selepas 2027, dengan kemungkinan sekuel Stellar Blade turut dalam perancangan.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kad Grafik NVIDIA Siri RTX 50 Rasmi, Peningkatan Prestasi Ketara
  • Pengguna PS5 Didapati Bingung Sama Ada Mematikan Konsol Mereka Atau Tidak

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY