Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
razer error 404

Tarif Baharu Trump Beri Impak Pada Ketersediaan Komputer Riba Razer Di AS

Diterbitkan April 10, 2025 ยท Dikemas kini April 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Razer telah menghentikan prapesan dan pembelian komputer riba Blade 16 serta beberapa model lain di laman web rasminya di AS. Sebelum ini, pengguna masih boleh membuat prapesan untuk Blade 16 seawal 1 April, namun kini laman konfigurasi produk tersebut telah dibuang dan digantikan dengan mesej ralat (404 error).

Situasi ini berlaku sehari selepas pentadbiran Trump mengumumkan tarif baharu terhadap China, Taiwan dan negara lain yang membekalkan komponen komputer riba.

Tarif Baharu Trump Beri Impak Pada Ketersediaan Komputer Riba Razer Di AS

Walaupun Razer enggan memberikan komen mengenai impak tarif tersebut, keadaan ini dipercayai berkait rapat dengan tarif baharu tersebut.

Keadaan serupa berlaku pada jenama lain seperti Framework yang turut menghentikan jualan Laptop 13 di AS serta Micron yang mengesahkan kenaikan harga komponen memori.

Kini, di laman web Razer AS, pengguna hanya boleh membeli aksesori dan bukannya komputer riba. Malah produk baharu seperti laptop stand yang diumumkan hari ini juga tidak boleh dibeli di AS, walaupun tersedia di laman web Kanada dan negara-negara lain. Razer belum memberi sebarang maklum balas tambahan mengenai keadaan ini.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • TSMC Akan Dikenakan Cukai Tinggi Jika Gagal Bangunkan Kilang Di AS - Trump
  • China Sekali Lagi Balas Tindakan Trump, Naikkan Tarif Kepada 84%
  • Tarif Baru AS Ke Atas China Kini Meningkat Kepada 125%, Tapi Buat Pusingan U Ke Atas Negara Lain

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY