Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trump Sambung Sekatan Keatas Huawei Sehingga Mei 2021

Tarif Baru AS Ke Atas China Kini Meningkat Kepada 125%, Tapi Buat Pusingan U Ke Atas Negara Lain

Diterbitkan April 10, 2025 · Dikemas kini April 10, 2025 oleh ariff bukhari

Tidak cukup selepas umumkan tarif setinggi 104% ke atas China, Trump pada awal hari ini mengumumkan tarif baru yang dikenakan ke atas China iaitu setinggi 125%.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan kenaikan tarif ke atas import dari China kepada 125 peratus itu sebagai tindak balas terhadap tarif balas China sebanyak 84% ke atas AS.

“Berdasarkan kekurangan rasa hormat yang ditunjukkan oleh China terhadap pasaran dunia, saya dengan ini menaikkan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap China kepada 125%, berkuat kuasa serta-merta,” tulis Trump dalam satu hantaran di Truth Social.

Trump, berkata beliau “tak dapat bayangkan” akan menaikkan lagi tarif terhadap China, selepas pentadbirannya menaikkan tarif baru itu. Walau bagaimanapun pada masa yang sama, Presiden AS itu secara mengejut menghentikan kenaikan tarif ke atas kebanyakan negara selama 90 hari selepas mengakui tindakan itu menjejaskan pasaran.

“Saya tak dapat bayangkannya,” katanya kepada wartawan di Rumah Putih, beberapa jam selepas pentadbirannya mengumumkan penurunan tarif kepada 10 peratus untuk kebanyakan negara lain. “Saya rasa saya tak perlu lakukannya.”

Trump menafikan beliau telah berpatah balik dari keputusan sebelum ini, sebaliknya berkata “anda perlu fleksibel”, sambil menyatakan keputusan itu dibuat selepas melihat kegelisahan dalam pasaran bon AS.

Namun, beliau tetap meneruskan perang perdagangan terhadap China dengan menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 125%, kerana mendakwa China “tidak menunjukkan rasa hormat”.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Ini Anggaran Harga iPhone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump
  • China Sekali Lagi Balas Tindakan Trump, Naikkan Tarif Kepada 84%

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY