Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EAIC Perkenal Talian Aduan Salah Laku Penguat Kuasa Melalui WhatsApp

EAIC Perkenal Talian Aduan Salah Laku Penguat Kuasa Melalui WhatsApp

Diterbitkan April 2, 2024 · Dikemas kini April 2, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) kini memperkenalkan saluran alternatif untuk memudahkan pengguna membuat aduan berhubung salah laku penguat kuasa, melalui talian aduan WhatsApp.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Untuk membuat aduan, hanya perlu menaip “ADUAN SALAH LAKU” dan diikuti nama pengadu, alamat/nombor telefon atau e-mel untuk dihubungi, butiran aduan beserta lampiran bukti (foto/video/dokumen). Kemudian, hantar ke nombor WhatsApp ??? ??? ???? atau klik www.wasap.my/60193555215.

EAIC Perkenal Talian Aduan Salah Laku Penguat Kuasa Melalui WhatsApp

Menurut EAIC, talian ini hanya menerima aduan secara bertulis dan akan memberikan makluman penerimaan aduan tersebut secara automatik sementara ia dirujuk dan diproses lanjut bagi kelulusan awal sebelum diputuskan oleh Mesyuarat Suruhanjaya.

Masa bagi operasi talian ialah Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Selain saluran ini, EAIC juga masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu Sistem Pengendalian Aduan & Siasatan (SPAPS) di portal EAIC, e-mel [email protected] dan secara bersemuka di Kaunter Aduan & Pusat Khidmat Pelanggan EAIC.

Sumber: EAIC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
©2026 WISER.MY