Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-01T110933.844

Tak Mustahil Akan Ada Filem Adaptasi ‘Elden Ring’ – CEO FromSoftware

Diterbitkan Julai 1, 2024 · Dikemas kini Julai 2, 2024 oleh Muhd Idham

Beberapa hari yang lepas, CEO FromSoftware, Hidetaka Miyazaki, telah ditemu ramah oleh The Guardian dan salah satu maklumat penting yang dikemukakan olehnya adalah pembukaan peluang kepada pencipta-pencipta filem dalam menghasilkan adaptasi filem untuk permainan Game of the Year 2022, Elden Ring.

“I don’t see any reason to deny another interpretation or adaptation of Elden Ring, a movie for example. But I don’t think myself, or FromSoftware, have the knowledge or ability to produce something in a different medium. So that’s where a very strong partner would come into play. We’d have to build a lot of trust and agreement on whatever it is we’re trying to achieve, but there’s interest, for sure.” – Miyazaki

Hal ini diperincikan lagi apabila beliau mengesahkan yang FromSoftware mahupun beliau sendiri tidak mempunyai kemampuan ataupun pengetahuan dalam menghasilkan produk selain daripada medium permainan.

Oleh itu, mereka juga berharap apabila muncul pihak yang tampil untuk melibatkan diri dalam pembuatan filem ini, kepercayaan dan perjanjian yang tidak terpesong daripada konsep utama permainan dapat dibina.

Beberapa minggu yang lepas juga, FromSoftware telah melancarkan kandungan tambahan dalam bentuk kandungan boleh muat turun (DLC) untuk permainan Elden Ring ini iaitu Shadow of the Erdtree yang mana mengundang perhatian ramai penstrim-penstrim di platform YouTube mahupun Twitch.

Walau bagaimanapun, DLC kini telah menerima kemas kini terbaru dalam versi 1.12.2 di mana konteks utamanya adalah mengurangkan kekuatan bos dalam permainan selepas menerima banyak keluhan terutama sekali daripada pencipta Twitch seperti KaiCenat dan Asmongold.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Stesen Angkasa Antarabangsa Akan Dilupuskan, NASA Bayar SpaceX RM3.9 Bilion
  • Sony Dilapor Berhenti Membuat Cakera Blu-ray
  • Kuo: AirPods Baharu Akan Dilengkapi Kamera IR Menjelang 2026
  • Bloomberg: Apple Berpotensi Tawar Ciri Seperti 'Apple Intelligence+' Sebagai Perkhidmatan Berbayar

Sumber: The Guardian, Bandai Namco

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY