Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airpods pro_

Kuo: AirPods Baharu Akan Dilengkapi Kamera IR Menjelang 2026

Diterbitkan Julai 1, 2024 oleh Amalina Athman

Apple dilapor menyasarkan untuk memulakan pengeluaran besar-besaran AirPods baharu dengan integrasi modul kamera menjelang 2026.

Berkaitan

  • Ini Sebab Apple AirPods Mahal Berbanding AirPods Palsu
  • Apple Kini Tawar Gantian Bateri Untuk Apple Watch, iPad Dan AirPods
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, AirPods baharu ini akan menampilkan kamera inframerah (IR) serupa dengan receiver Face ID (bukan transmitter) pada iPhone.

Kuo menjelaskan penggunaan kamera IR pada AirPods adalah berkaitan dengan Apple Vision Pro dan set kepala akan datang, yang mana bertujuan untuk meningkatkan pengalaman penggunaan spatial audio dan ekosistem pengkomputeran spatial.

For example, when a user is watching a video with Vision Pro and wearing this new AirPods, if users turn their heads to look in a specific direction, the sound source in that direction can be emphasized to enhance the spatial audio/computing experience.

Selain itu, kamera IR berkenaan juga dijangka boleh mengesan perubahan imej persekitaran, yang berpotensi membolehkan kawalan in-air gesture untuk meningkatkan interaksi manusia-peranti.

Kuo menjangkakan Foxconn akan menjadi pembekal pengenalan produk baharu (NPI) untuk kamera IR yang akan digunakan pada AirPods. dengan pelan kapasiti tahunan sebanyak 18-20 juta unit, atau kira-kira 10 juta AirPod pada mulanya.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY