Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara order kad tng nfc ewallet

Bersedia, Ini Petua Beli Kad NFC Di TNG eWallet Dengan Jayanya

Diterbitkan Ogos 21, 2022 · Dikemas kini Ogos 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Cuba beli kad Touch ‘n Go NFC melalui aplikasi TNG eWallet tapi gagal? Hampir kesemua pengguna mengalaminya. Namun, kami berjaya mendapatkannya beberapa kali.

Menerusi pengamatan kami, ada pattern yang berulang dalam waktu penjualannya di aplikasi. Kami rungkaikannya di sini agar anda yang memerlukan kad ini berjaya membelinya terutama mereka yang berada di luar KL.

Oh ya, sebelum berebut, semak dulu jika telefon anda ada sokongan NFC dengan ikuti langkah INI.

Nak beli di aplikasi TNG eWallet asyik tak ada stok. Ada tips?

Melalui “formula” yang kami hasilkan, kad NFC ini dipercayai akan tersedia di aplikasi TNG eWallet setiap 2 minggu. Bermakna, jika hari ini jualannya telah dibuka, maka hari yang sama 2 minggu kemudian, ia akan dijual sekali lagi.

Kiraan kami menunjukkan kad ini akan dibuka jualannya di aplikasi pada seawal 10 pagi, Khamis ini iaitu 25 Ogos 2022.

beli kad tng di ewallet

Oleh itu, sediakan penggera lebih awal.

Hal ini kerana sebelum ini, sudah lebih 3 kali corak ini berulang. TNG eWallet sudah menjualnya pada 14 Julai, kemudian 28 Julai dan terakhir pada 11 Ogos. Semuanya tepat dengan jarak 14 hari.

Kalau jangkaan kami benar, maka ia akan tersedia pada 25 Ogos ini. Waktunya juga sama iaitu mulai sekitar jam 10 pagi.

Seperti biasa, setiap sesi ini akan bertahan sekitar sejam lebih saja, kemudian aplikasi akan memberitahu kad NFC sudah kehabisan stok.

Berkaitan

  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC
  • TNG NFC Lancar, Ini Perbezaan Dengan TNG Lama
  • Ini Perbezaan NFC Dan RFID Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu
  • Pengguna Mengadu Ada Stesen Minyak Jual Kad TNG NFC Lebih RM10, Touch 'n Go Dan PETRONAS Beri Respons
  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC

Apa-apapun, ini hanya ramalan kami berdasarkan data yang kami simpan setakat ini. Jadi, bersedialah dengan kemungkinan Touch ‘n Go akan mengubahnya atau jika mereka menghadapi kekangan.

Apa persediaan lain untuk pastikan saya dapat ‘check-out’ dengan pantas sebelum habis stok?

Selain menetapkan alarm beberapa minit sebelum waktunya, antara yang penting ialah pastikan wang dalam akaun TNG eWallet mencukupi.

Satu kad akan dijual pada harga RM15 kerana dicampur kos penghantaran. Maka, tambah nilai siap-siap sebelum kad mula tersedia.

Kemudian, simpan alamat yang di mana-mana contohnya di WhatsApp, Telegram atau nota untuk mudahkan anda copy and paste semasa proses pembelian.

Namun, jika anda sudah tetapkan alamat dalam aplikasi, tidak perlu risau. Diingatkan ia terhad boleh menyimpan 1 alamat saja.

Untuk tetapkan alamat, masuk TNG eWallet > Profil (penjuru kanan atas) >Edit info > Additional info > Contact Information.

Jika anda gagal atau mahu dapatkannya lebih pantas dengan membelinya di stesen minyak, baca artikel INI kerana kami ada kongsikan cara semak stesen minyak yang menjual kad TNG NFC.

Semoga berjaya!

KEMAS KINI: Touch ‘n Go telah menjual kad TNG NFC mengikut masa dan tarikh seperti diramal iaitu pada 25 Ogos lepas. Jadi, tarikh seterusnya ia akan tersedia mungkin ialah 8 September, 22 September 2022, jika TNG terus mengikut jadual jarak 2 minggu mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY