Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad tng nfc touch n go

Pengguna Mengadu Ada Stesen Minyak Jual Kad TNG NFC Lebih RM10, Touch ‘n Go Dan PETRONAS Beri Respons

Diterbitkan Julai 14, 2022 · Dikemas kini Julai 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kad Touch ‘n Go berdaya NFC sememangnya diburu ramai pengguna kerana kemudahan tambah nilainya terus daripada aplikasi TNG eWallet. Ia dijual pada harga RM10.

Isunya, stok di seluruh negara sejak hari pertama pelancarannya sangat terhad. Baik melalui aplikasi apatah lagi di stesen-stesen minyak.

Sebelum ini, kita tahu ada pihak yang menjualnya sehingga RM80 di Shopee dan media sosial.

Kalau secara fizikal, anda boleh dapatkannya di hab TNG dan stesen-stesen minyak tetapi terhad 1 atau 2 keping setiap pelanggan.

Namun, rupa-rupanya di stesen minyak juga ada yang mengambil kesempatan sama dengan menjualnya sehingga RM20, menerusi perkongsian di laman sosial.

Seorang pelanggan, Ys Ng berkongsi pengalamannya membeli dua kad TNG NFC pada harga RM15 sekeping.

Transaksi ini berlaku pada 1 Julai lepas di salah sebuah stesen minyak PETRONAS di Shah Alam.

resit kad tng nfc

Menurut Ng, dia diberitahu bahawa oleh juruwang bahawa harga kad tersebut sudah meningkat, justeru daripada RM10 kini dijual RM15.

Sedangkan, TNG hingga ke hari ini masih menjual dengan harga RM10 sama ada di aplikasi mahupun hab mereka di Nu Sentral dan Bangsar South.

Baca di sini untuk ketahui perbezaan kad TNG biasa dan baharu.

Melalui perkongsian pengguna lain, ada lagi stesen minyak lain menjualnya dengan bermacam-macam harga seperti RM12, RM13 sehinggalah RM20.

komen tng nfc

Pengalaman kami sendiri, berjaya mendapatkannya dengan harga jujur iaitu RM10 di salah satu stesen minyak sekitar Putrajaya.

Ini bermakna sesetengah stesen sengaja menjualnya lebih mahal untuk mendapatkan untung lebih di kala ia seperti pisang goreng panas waktu ini.

Jadi, kami telah menghubungi Touch ‘n Go dan PETRONAS untuk mendapatkan jawapan mereka.

Touch ‘n Go menasihatkan pelanggan untuk membelinya melalui aplikasi eWallet atau TNG Hub (Nu Sentral dan Bangsar South) untuk elakkan daripada menjadi mangsa pencatutan.

respons tng nfc (3)

PETRONAS pula memaklumkan pada kami mereka mengambil serius hal ini dan akan mengambil tindakan sekiranya terdapat salah laku dan provokasi.

Justeru, PETRONAS meminta pengguna membuat aduan kepada mereka tentang stesen minyak yang menjual kad TNG NFC yang melebihi harga rasminya.

respons tng nfc (2)
respons tng nfc (1)

Anda boleh menghubungi PETRONAS  di Facebook untuk menyalurkan aduan, talian 1-300-88-8181 ataupun e-mel [email protected].

Ternyata, tidak semua namun hanya beberapa stesen minyak yang mengambil kesempatan mendapatkan untung lebih, sama seperti individu yang digelar scalper.

Pastikan telefon anda ada ciri NFC dan baca artikel ini sebelum anda membeli kad TNG NFC.

Diharapkan pihak berkaitan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang mencatut harga kad ini. Sebagai pengguna pula, jangan lupa dapatkan resit dan laporkannya pada pihak berkuasa jika anda menjadi salah seorang mangsa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY