Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kad Touch ‘N Go Baru Berdaya NFC, Boleh Tambah Nilai Guna ‘eWallet’

Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC

Diterbitkan April 15, 2022 · Dikemas kini Ogos 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Baru-baru ini, Touch ‘n Go (TNG) mendedahkan akan melancarkan kad TNG baharu berdaya near-field communication (NFC).

Tak dapat dinafikan, kad TNG sudah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian terutamanya yang setiap hari terpaksa ulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Namun, isu yang sering diperkatakan oleh pengguna TNG ialah masalah untuk membuat tambah nilai yang renyah, rumit, dan tidak memudahkan pengguna.

Aduan ini mungkin akhirnya telah didengari oleh syarikat TNG sendiri yang mana mereka telah menghasilkan sekeping kad TNG baharu yang dipanggil Enhanced Touch ‘n Go.

Berikutan itu juga, walaupun masih belum dilancarkan, ada sebilangan orang telah mula membeli kad tersebut di kiosk TNG di Nu Sentral.

Tidak lama selepas itu, dilaporkan TNG telah menghentikan sementara jualan kad tersebut.

Jadi, sementara kita menunggu ketibaan dan ketersediaan kad Touch ‘n Go baharu ini nanti, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kad ini.

Apa itu Enhanced Touch ‘n Go?

Kad Enhanced Touch ‘n Go merupakan satu inisiatif baharu yang dibangunkan oleh TNG untuk memudahkan pengguna membuat tambah nilai melalui aplikasi TNG eWallet.

Sejurus selepas menerima kad fizikal nanti, anda perlu menghubungkan kad tersebut ke TNG eWallet, untuk melihat baki sebenar kad dan melakukan tambah nilai.

Menariknya, kad ini dikuasakan oleh teknologi near-field communication (NFC).

Untuk pengetahuan, kebanyakan telefon pintar yang kita gunakan sekarang didatangkan dengan sensor NFC pada panel belakang peranti.

Dengan sensor NFC yang ada pada kad Enhanced TNG, anda hanya perlu sentuhkan kad pada belakang telefon pintar untuk membuat tambah nilai melalui aplikasi TNG eWallet.

tng nfc
Sumber: Soya Cincau

Hadir dengan rekaan baru seperti Holo, Enhanced TNG juga mempunyai tarikh luput seperti kad TNG sebelumnya.

Kad Enhanced TNG ini dijual pada harga RM10 dan boleh dipesan melalui aplikasi TNG eWallet sama seperti tempahan Tag RFID.

tng nfc
Sumber: Facebook SoyaCincau

Walau bagaimanapun, buat masa ini, kad ini masih belum tersedia dan masih belum ada kenyataan rasmi dari TNG berkenaan pelancarannya.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Touch ‘n Go.

Baca juga:

  • Apa Itu NFC & Kegunaannya Dalam Kehidupan Seharian Kita
  • Permohonan Tablet PerantiSiswa Dibuka, Tak Terhad Untuk B40 Sahaja
  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY