Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Taiwan Dakwa Kapal Dagang Dikendalikan Kru China Rosakkan Kabel Dasar Laut

Taiwan Dakwa Kapal Dagang Dikendalikan Kru China Rosakkan Kabel Dasar Laut

Diterbitkan Februari 26, 2025 · Dikemas kini Februari 26, 2025 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Pengawal Pantai, Majlis Hal Ehwal Lautan Taiwan telah menahan sebuah kapal yang dikendalikan kru China atas dakwaan merosakkan kabel dasar laut ke pulau itu.

Mereka memintas kapal “Hongtai 168” ketika menyiasat gangguan kabel gentian optik milik Chunghwa Telecom.

Kapal tersebut dikesan menjatuhkan sauh pada 2:30 pagi sebelum gangguan kabel mula dikesan pada 3:03 pagi.

Pihak berkuasa Taiwan itu segera mengarahkan kapal itu beredar sambil terus memantau pergerakannya.

Selepas menerima laporan gangguan perkhidmatan, pihak berkuasa Taiwan bertindak menahan kapal tersebut dan mengiringinya ke Pelabuhan Anping di Tainan City.

Taiwan semakin bimbang terhadap kemungkinan usaha China mengganggu komunikasi internet ke pulau itu. Bulan lalu, kapal China lain disyaki merosakkan kabel lain ke Taiwan.

Walaupun kapal Hongtai 168 berdaftar di Togo, ia dikendalikan oleh lapan kru warga China.

Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada insiden ini disengajakan atau satu kemalangan, namun tidak menolak kemungkinan ia sebahagian daripada operasi “zon kelabu” China.

Sementara itu, Chunghwa Telecom telah mengalihkan komunikasi melalui kabel sandaran, memastikan perkhidmatan pengguna tidak terjejas.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Microsoft Sedang Uji Office Versi Percuma Dengan Iklan
  • Jalur Lebar Tetap TM Unifi Kini Dilanggan Lebih Daripada 3 Juta Pelanggan

Sumber: PCMag, Coast Guard News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY