Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi – 2 2

Jalur Lebar Tetap TM Unifi Kini Dilanggan Lebih Daripada 3 Juta Pelanggan

Diterbitkan Februari 26, 2025 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam laporanĀ  kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 (FY2024) memaklumkan bahawa mereka telah mencatat peningkatan keuntungan operasi (EBIT) dan keuntungan selepas cukai serta kepentingan bukan kawalan (PATAMI).

TM berkata, pendapatan operasi mereka telah meningkat sebanyak 0.2% kepada RM11.71 bilion, manakala EBIT naik 11.3% kepada RM2.33 bilion, didorong oleh produk berkeuntungan tinggi, kos operasi lebih rendah dan kecekapan operasi.

TM 2024

Pertumbuhan ini juga didorong oleh strategi pengambilan dan pengekalan pelanggan yang kukuh melalui kempen UniVerse.

Inisiatif seperti Unifi UniVerse, menerusi segmen B2C TM (Unifi) terus mengukuhkan kedudukannya dengan peningkatan 1.5% pelanggan jalur lebar tetap kepada 3.179 juta pada FY2024.

Segmen mudah alih juga berkembang dengan penawaran pascabayar dan prabayar yang dipertingkatkan, termasuk 200GB 5G Monthly Data Pass untuk pelanggan UNI5G Postpaid 39 dan pelan UNI5G WOW Prepaid.

TM turut menumpukan kepada peluang pertumbuhan baharu seperti pusat data hiperbersambung, kecerdasan buatan (AI) dan GPU-as-a-Service (GPUaaS), selari dengan aspirasinya untuk menjadi Kuasa Digital menjelang 2030.

Berkaitan

  • TM Tangguh Sementara Penamatan Unifi Lite/Streamyx
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • ShopeePay Akan Tamatkan Pemindahan DuitNow Melalui Jenis ID - Ini Anda Perlu Tahu

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY