Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Office Semua Dalam Satu

Microsoft Sedang Uji Office Versi Percuma Dengan Iklan

Diterbitkan Februari 25, 2025 · Dikemas kini Februari 25, 2025 oleh ariff bukhari

Kemas kini: Microsoft memaklumkan yang mereka sedang menjalankan ujian bagi Office versi percuma dengan iklan. Buat masa sekarang, tiada rancangan untuk menawarkan versi percuma dengan sokongan iklan untuk aplikasi desktop.

Mungkin ramai pengguna tidak sedar, Microsoft ada melancarkan versi baharu aplikasi Microsoft Office  yang boleh digunakan secara percuma tanpa langganan Microsoft 365 atau lesen Office.

Versi ini berasaskan aplikasi desktop penuh tetapi kebanyakan cirinya terhad daripada apa yang ditawarkan pada versi langganan Microsoft 365.

Versi percuma ini yang ditawarkan untuk PC yang menjalankan sistem operasi Windows turut menampilkan iklan yang sentiasa dipaparkan dalam dokumen Word, PowerPoint, dan Excel.

Selain itu, pengguna hanya boleh menyimpan fail ke storan awan OneDrive tanpa sokongan untuk mengedit dari fail tempatan.

Jika anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun versi percuma Microsoft Office ini dari laman rasmi Microsoft 365.

Kemudian, pasang aplikasi tersebut ke dalam PC dan buka mana-mana aplikasi Office. Sebagai contoh, melancarkan Microsoft Word.

Tetapi, apabila kotak dialog timbul muncul, anda klik pada pilihan butang “Skip for now”.

Microsoft Sedang Uji Office Versi Percuma Dengan Iklan

Selepas itu, anda sepatunya akan nampak kotak dialog “Welcome to free Word, Excel, and PowerPoint”. Klik pada pilihan “Continue for free”.

Pada halaman seterusnya, klik pada “Save to OneDrive” kerana itu satu-satunya pilihan yang ditawar untuk menyimpan dokumen pada versi percuma MS Office ini.

Microsoft Sedang Uji Office Versi Percuma Dengan Iklan
Microsoft Sedang Uji Office Versi Percuma Dengan Iklan

Kini, anda boleh menggunakan Microsoft Office yang disokong iklan secara percuma, dengan keupayaan untuk mencipta, mengedit, melihat dan menyimpan dokumen.

Versi percuma ini masih dalam ujian terhad, mungkin hanya tersedia di rantau tertentu atau untuk kumpulan pengguna terpilih.

Microsoft belum mengumumkan secara rasmi pelancaran ini, tetapi dijangkakan info lanjut berkenaan penawaran ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Gmail Dilapor Akan Gantikan Ciri Pengesahan 2 Faktor Dengan Kod QR
  • Peranti Android Kini Boleh Terima Sokongan Kemas Kini Sehingga 8 Tahun

Sumber: Beebom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY