Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TAG Heuer Connected Calibre E5 1

TAG Heuer Lancar Jam Pintar Dipacu Snapdragon, Harga Cecah RM10 Ribu

Diterbitkan Oktober 13, 2025 · Dikemas kini Oktober 13, 2025 oleh ariff bukhari

TAG Heuer telah melancarkan jam pintar mereka yang terbaru, TAG Heuer Connected Calibre E5 yang menggabungkan warisan jam Swiss mewah dengan teknologi digital.

Tersedia dalam saiz 45mm dan 40mm, jam ini hadir dalam pilihan varian titanium, besi tahan karat dan emas ros dengan tali yang boleh ditukar untuk padanan.

Rupa digital jam ini pula diinspirasikan oleh model ikonik seperti Monaco dan Carrera, dipacu oleh sistem operasi TAG Heuer OS yang dibangunkan sendiri.

TAG Heuer Connected Calibre E5
TAG Heuer Connected Calibre E5 dipacu cip Qualcomm Snapdragon 5100+.

Pengguna boleh mengakses GPS, panggilan, pembantu suara, kadar denyutan jantung, aktiviti dan cuaca dengan mudah.

Fungsi kesihatan merangkumi pemantauan kalori, langkah, kadar jantung dan tidur (akan dilancarkan kemudian).

Untuk pelari, terdapat enam pelan latihan eksklusif bersama New Balance, manakala peminat golf menikmati paparan lubang baharu dan skor automatik pintar.

TAG Heuer Connected Calibre E5 1
TAG Heuer Connected Calibre E5 dilengkapi skrin OLED Sapphire Crystal serta bateri 419 mAh yang memberikan 17 jam dalam mod Sukan (Berlari) / 3 hari dalam mod Kuasa Rendah.

TAG Heuer Connected Calibre E5 boleh didapati dengan harga bermula RM6,550 bagi varian 40mm dan boleh mencecah RM10,000 bagi model edisi istimewa TAG Heuer Connected Calibre E5 Golf Edition.

Untuk info lanjut siri TAG Heuer Connected Calibre E5 ini, layari laman rasmi TAG Heuer MY.

Berkaitan

  • Suunto Run Kini Di Malaysia, Jam Pintar Sesuai Untuk Pelari Tegar
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • HUAWEI WATCH Ultimate 2 Tiba Di Malaysia, Sokong Selaman Sehingga 150 Meter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY