Selain Watch GT 6, HUAWEI turut melancarkan WATCH Ultimate 2, jam tangan pintar premium yang direka untuk pengembara luar, atlet dan profesional. Model ini merupakan jam tangan pintar pertama di dunia dengan sokongan selaman sehingga 150 meter, dilengkapi komunikasi berasaskan sonar yang membolehkan penyelam menghantar mesej atau isyarat SOS ketika berada di bawah air.
Rekaannya menggunakan bahan premium seperti cecair logam berasaskan zirkonium, bezel seramik nanokristal dwitona dan kaca nilam, dengan pilihan warna Black dan Blue. Ia menawarkan sehingga 11 hari jangka hayat bateri (penggunaan ringan), pemantauan kesihatan bersepadu melalui sistem TruSense, serta ciri keselamatan seperti Fall Detection dan High-Altitude Monitoring. Untuk penggemar sukan, mod golf menyediakan lebih 17,000 peta padang golf global dengan ciri profesional.
Harga HUAWEI WATCH Ultimate 2 bermula daripada RM3,499, kini dibuka untuk prapesanan di HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305 termasuk HUAWEI FreeClip, HUAWEI Care+ selama dua tahun dan langganan HUAWEI Health+ selama tiga bulan.
Huawei pada masa juga memperkenalkan varian baharu Blue untuk HUAWEI WATCH D2, jam tangan pintar pertama di dunia yang diperakui perubatan dengan sokongan ambulatory blood pressure monitoring (ABPM). Ia menawarkan pemantauan tekanan darah 24 jam, analisis ECG beat-by-beat, pemantauan kadar denyutan jantung, tidur dan stres, disokong sistem TruSense.
Dengan paparan AMOLED 1.82 inci, lebih 80 mod senaman, panggilan Bluetooth serta reka bentuk bergaya, WATCH D2 menyasar pengguna yang mahukan ketepatan perubatan dalam format jam tangan pintar.
Harga HUAWEI WATCH D2 bermula daripada RM1,699, prapesanan kini dibuka dengan hadiah eksklusif bernilai RM228 termasuk HUAWEI Scale 3 dan HUAWEI Care+ selama dua tahun.
{suggest}