Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
suunto run

Suunto Run Kini Di Malaysia, Jam Pintar Sesuai Untuk Pelari Tegar

Diterbitkan Jun 18, 2025 · Dikemas kini Jun 18, 2025 oleh Amsyar Latif

Suunto memperkenalkan Suunto Run secara rasmi di Malaysia, sebuah jam pintar yang direka khusus untuk pelari dengan gabungan teknologi canggih, reka bentuk ringan dan ciri-ciri prestasi yang komprehensif.

Dengan berat hanya 36g, Suunto Run memberikan keselesaan maksimum ketika berlari tanpa mengorbankan ketahanan atau fungsi.

Antara ciri utama Suunto Run termasuk:

  • Mod Maraton, Ghost Runner dan Track Running – bantu pelari menetapkan rentak, simulasi suasana perlumbaan, dan menjejak prestasi dengan lebih tepat
  • 34 mod sukan – sesuai untuk latihan silang
  • Pemantauan kadar denyutan jantung, tidur dan pemulihan – untuk kesihatan menyeluruh
  • Navigasi GNSS dan storan muzik MP3 – kekal di laluan yang betul sambil menikmati muzik
  • Bateri tahan lama – 12 hari dalam mod harian, jangka hayat panjang dalam mod GPS
  • Integrasi penuh dengan aplikasi Suunto – pantauan latihan, analisis prestasi dan kemajuan

Sempena pelancaran ini, Suunto mengadakan Pop-Up Store di Banglo289, Kuala Lumpur dari 15 hingga 22 Jun 2025, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 11:30 malam. Pengunjung boleh mencuba sendiri Suunto Run dan mendapatkan hadiah eksklusif dengan pembelian di lokasi.

Suunto Run kini dijual pada harga RM1,199, dengan dua pilihan warna – Hitam dan Lime. Ia boleh dibeli di Shopee, TikTok Shop, Lazada, dan pengedar sah seluruh negara.

Berkaitan

  • Suunto Aqua - Fon Kepala Boleh Dipakai Dalam Air, Harga RM1,099
  • Suunto Aqua Light: Fon Kepala Kalis Air Untuk Aktiviti Lasak, Harga RM699
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY