Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Yang Bergantung Penuh Pada AI Berbanding Manusia Akan Memakan Diri – Gartner

Syarikat Yang Bergantung Penuh Pada AI Berbanding Manusia Akan Memakan Diri – Gartner

Diterbitkan Mei 15, 2026 oleh ariff bukhari

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menggantikan pekerja tidak semestinya memberikan keuntungan besar kepada syarikat seperti yang diharapkan.

Dalam laporan terbaru pasaran buruh global Gartner (Suku pertama 2026), hasil tinjauan melibatkan 12,004 pekerja di 40 buah negara, mendedahkan bahawa ramai pemimpin organisasi masih mengukur kejayaan AI berdasarkan kadar penggunaan semata‑mata, bukan transformasi sebenar.

Langkah tersebut dilakukan tanpa mengira sama ada teknologi itu benar-benar akan menjana keuntungan kepada syarikat.

Akibatnya, Gartner meramalkan menjelang tahun 2027,  separuh daripada syarikat yang gagal membangunkan strategi AI berpusatkan manusia akan kehilangan bakat AI terbaik mereka kepada pesaing.

Fenomena ini digelar sebagai “ilusi keberkesanan” yang akhirnya menjejaskan pulangan pelaburan.

“Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa dalam peralihan kepada tenaga kerja berkuasa AI, kebanyakan pemimpin tersilap menganggap metrik akses atau penerimaan asas sebagai transformasi,” kata Swagatam Basu, Pengarah Kanan Penganalisis, dalam amalan HR Gartner.

Syarikat Yang Bergantung Penuh Pada AI Berbanding Manusia Akan Memakan Diri – Gartner
Ramai eksekutif menjejaki kejayaan AI mengikut jam yang dijimatkan, namun 19% pekerja yang ditinjau oleh Gartner pada suku pertama 26 melaporkan tiada masa yang dijimatkan dengan AI.

Kajian itu mendapati syarikat yang mencatat ROI tertinggi ialah organisasi yang menggunakan AI sebagai alat untuk membantu pekerja bekerja dengan lebih cekap, bukannya menggantikan mereka sepenuhnya.

Menurut Gartner, syarikat yang terlalu fokus kepada pengurangan pekerja berisiko memperoleh pulangan terhad daripada AI.

Ini kerana, nilai sebenar AI bukan terletak pada pengurangan tenaga kerja, sebaliknya pada peningkatan produktiviti pekerja.

Tambahan pula, manfaat AI lebih banyak dirasai oleh pengurus dan eksekutif, sedangkan penyumbang utama di peringkat individu masih kurang mendapat sokongan.

Walaupun syarikat teknologi besar seperti Microsoft dan Meta terus mengurangkan pekerja sambil melabur besar dalam AI, Gartner percaya kebanyakan langkah itu hanyalah percubaan awal dan bukannya perubahan struktur kekal dalam dunia pekerjaan.

Kesimpulannya, organisasi yang berjaya bukan sekadar mengguna AI, tetapi memastikan setiap lapisan tenaga kerja diberi peluang, sokongan, dan keyakinan untuk berkembang bersama teknologi.

Latihan khusus untuk penyumbang individu, sokongan psikologi, dan komunikasi telus tentang peranan masa depan pekerja adalah kritikal untuk membina keyakinan serta mengurangkan keresahan.

“Pemacu paling berkesan bagi penerimaan AI yang positif adalah keyakinan pekerja terhadap peranan semasa dan masa depan mereka, serta komunikasi yang telus dan berterusan tentang bagaimana AI akan digunakan dan impaknya terhadap pekerjaan.”  Swagatam Basu.

Strategi berpusatkan manusia bukan sahaja mengekalkan bakat, malah membuka jalan kepada transformasi perniagaan yang lebih mampan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Laporan Citizen Lab: Malaysia Antara Negara Disasar Dalam Operasi Penjejakan Telefon Melalui Rangkaian 3G-5G Global
  • Jerman Rancang Bangunkan ‘Pertahanan Siber Aktif' Melawan Dan Musnahkan Infrastruktur Penyerang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY