Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jerman Rancang Bangunkan ‘Pertahanan Siber Aktif’ Melawan Dan Musnahkan Infrastruktur Penyerang

Jerman Rancang Bangunkan ‘Pertahanan Siber Aktif’ Melawan Dan Musnahkan Infrastruktur Penyerang

Diterbitkan Mei 13, 2026 oleh ariff bukhari

Jerman pada Selasa mengumumkan rancangan untuk membangunkan “pertahanan siber aktif” bagi membalas peningkatan mendadak serangan dalam talian, yang kini menjadi lebih berbahaya dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Dalam Negeri, Alexander Dobrindt berkata beliau akan membawa undang-undang baharu ke kabinet bulan ini bagi membolehkan agensi keselamatan bertindak balas terhadap pelayan (server) yang digunakan dalam serangan siber.

Menurutnya, langkah itu bertujuan untuk “mengganggu dan memusnahkan infrastruktur penyerang”, sambil mendakwa banyak serangan berpunca dari Rusia.

“Ini bermaksud sesiapa yang menyerang kami menggunakan sistem pelayan — contohnya menyerang syarikat tenaga di Jerman dari luar negara — tidak lagi dapat menggunakan infrastruktur, pelayan, perisian atau kemudahan tersebut pada masa depan,” katanya dalam sidang media di Berlin.

Jenayah siber serius serta serangan terhadap syarikat, agensi kerajaan dan infrastruktur kritikal di Jerman semakin meningkat, menyebabkan kerugian ekonomi melebihi 200 bilion euro (AS$235 bilion) tahun lalu, menurut kementeriannya.

Kementerian itu berkata alat berasaskan AI kini semakin penting dalam jenayah siber kerana ia membolehkan penjenayah melancarkan serangan dengan lebih pantas, tepat dan profesional.

Pada 2025, kira-kira 334,000 kes jenayah siber direkodkan di Jerman, dengan dua pertiga daripadanya berpunca dari luar negara atau lokasi tidak diketahui. Banyak lagi kes dipercayai tidak dilaporkan.

“Disebabkan itu, kami mahu memperluaskan keupayaan pertahanan siber aktif,” kata Dobrindt.

Beliau berkata antara ancaman utama dalam talian ialah peningkatan ketara aktiviti yang berpunca dari Rusia sejak negara itu melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 2022.

Tahun lalu, lebih 1,000 serangan ransomware dilaporkan di Jerman, meningkat 10 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan penyerang memeras ugut lebih AS$15 juta, menurut kementerian itu.

Jumlah serangan penafian perkhidmatan (denial-of-service) pula meningkat 25 peratus kepada 36,706 kes.

Ketua pengawal selia kewangan Jerman, Mark Branson, turut memberi amaran mengenai serangan siber yang dipacu AI dan berkata agensi itu sedang memperkukuh pemantauan risiko siber terhadap firma kewangan.

“Model AI baharu mampu mengenal pasti malah mengeksploitasi banyak kelemahan dalam sistem IT dengan kelajuan luar biasa,” katanya sambil menggesa syarikat menampal kelemahan tersebut dengan lebih pantas.

Beliau menegaskan bahawa “keselamatan siber adalah pelaburan yang mendesak dan penting.” – AFP.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Jerman Sasar Gandakan Kapasiti Pusat Data Menjelang 2030
  • Selepas Windows, Teknik Sebar Persian Hasad Ini Kini Diguna Pada Pengguna Mac Pula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY