Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Tandas Jepun Melancarkan Tandas Pintar Pertama Mampu Analisis Najis Pengguna

Syarikat Tandas Jepun Melancarkan Tandas Pintar Pertama Mampu Analisis Najis Pengguna

Diterbitkan Julai 31, 2025 · Dikemas kini Julai 31, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat tandas terkemuka Jepun, Toto Ltd., akan melancarkan tandas rumah pintar pertama di Jepun pada Ogos 2025 ini yang mampu menganalisis najis pengguna—termasuk bentuk, kekerasan, warna, dan kuantiti.

Semua data itu pula boleh disimpan dalam aplikasi telefon pintar khas.

Syarikat Tandas Jepun Melancarkan Tandas Pintar Pertama Mampu Analisis Najis Pengguna

Data dihantar secara automatik ke aplikasi, membolehkan pengguna menjejaki keadaan usus mereka melalui kalendar serta menerima nasihat gaya hidup sihat.

Menggunakan teknologi pengimbas seperti kod bar, sistem ini menilai najis dalam tujuh kategori bentuk seperti bentuk pisang, berbutir, atau cair dan tiga kategori warna.

Syarikat Tandas Jepun Melancarkan Tandas Pintar Pertama Mampu Analisis Najis Pengguna
Alat pengimbas najis pada tandas ini.

Produk inovatif ini hadir dalam model premium Neorest LS-W dengan harga bermula dari 542,300 yen / ~ RM16,150) dan AS-W yang berharga dari 493,900 yen / ~ RM14,700.

Toto menyasarkan jualan 7,300 unit setahun dalam tahun ketiga selepas pelancaran produk terbaru ini, sejajar dengan fokus terbarunya terhadap kesihatan pengguna.

Tinjauan Toto menunjukkan, 76% pengguna memerhati najis mereka selepas membuang air, tetapi hanya 6% merekodkannya secara digital, menjadikan produk ini sebagai penyelesaian moden bagi pengguna yang semakin prihatin terhadap kesihatan dalaman mereka.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Risiko Tarif, iPhone Buatan India Makin Meningkat
  • 45% Kod Dihasilkan AI Terbukti Tidak Selamat - Kajian

Sumber: The Mainichi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY