Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
45% Kod Dihasilkan AI Terbukti Tidak Selamat – Kajian

45% Kod Dihasilkan AI Terbukti Tidak Selamat – Kajian

Diterbitkan Julai 31, 2025 oleh ariff bukhari

Laporan GenAI Code Security Report 2025 oleh Veracode mendedahkan bahawa 45% kod yang dihasilkan oleh lebih 100 model AI besar (LLMs) mengandungi kelemahan keselamatan.

Kajian ke atas 80 tugasan pengekodan menunjukkan bahawa walaupun kod yang dihasilkan berfungsi, AI kerap memilih kaedah yang tidak selamat.

Bahasa Java adalah yang paling terdedah dengan kadar kegagalan keselamatan melebihi 70%, diikuti Python, C#, dan JavaScript.

45% Kod Dihasilkan AI Terbukti Tidak Selamat – Kajian

Laporan juga mendapati AI gagal mencegah kelemahan seperti cross-site scripting (86%) dan log injection (88%).

Masalah ini dianggap sistemik, kerana pengekodan daripada model besar tidak menunjukkan prestasi keselamatan yang lebih baik daripada model kecil.

Veracode memberi amaran bahawa pembangunan kod berasaskan AI tanpa penekanan pada keselamatan (kini dikenali sebagai “vibe coding“) boleh menambah risiko besar kepada organisasi.

Ia menyeru organisasi agar melaksanakan langkah proaktif seperti analisis statik, kawalan kualiti kod automatik, pakej firewall dan panduan pembaikan berasaskan AI untuk mengelakkan isu keselamatan yang besar.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Google Tambah Ciri Baharu AI Mode Dalam Search
  • Integrasi AI Dalam WhatsApp Mungkin Langgar Undang-Undang Persaingan EU

Sumber: 2025 GenAI Code Security Report Final

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY