Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1 Dari 5 iPhone Global Kini Dibuat Di India

Risiko Tarif, iPhone Buatan India Makin Meningkat

Diterbitkan Julai 31, 2025 · Dikemas kini Julai 31, 2025 oleh ariff bukhari

Laporan baharu Canalys mendedahkan bahawa penghantaran telefon pintar di Amerika Syarikat meningkat 1% pada suku kedua 2025, didorong oleh strategi vendor yang meningkatkan inventori awal bagi menghadapi risiko tarif akibat ketegangan perdagangan dengan China.

Perubahan geopolitik telah mempercepat pemindahan rantaian bekalan, dengan bahagian telefon pintar buatan China di pasaran AS merosot daripada 61% kepada 25% berbanding tahun sebelumnya.

Sebaliknya, India kini menjadi penyumbang utama dengan 44% penghantaran ke AS, melonjak daripada hanya 13% pada Q2 2024. Sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 240%.

Risiko Tarif, iPhone Buatan India Makin Meningkat

Apple memainkan peranan utama dalam perubahan ini apabila mereka memindahkan pengeluaran iPhone 16 (termasuk model Pro) ke India sebagai sebahagian daripada strategi.

Malah Samsung dan Motorola juga meningkatkan eksport dari India, tetapi pada skala lebih kecil.

Ketidakpastian mengenai tarif, dasar tempatan dan tekanan ekonomi menyukarkan vendor berskala kecil untuk kekal kompetitif di pasaran AS yang kini didominasi 90% oleh tiga syarikat terbesar.

Risiko Tarif, iPhone Buatan India Makin Meningkat

Menurut laporan terkini dari Canalys, walaupun Apple mencatatkan peningkatan 1%, tapi teknologi gergasi AS itu mencatatkan  penurunan sebanyak 11% dalam penghantaran iPhone, daripada suku yang sama tahun lalu.

Sebaliknya, Samsung menikmati pertumbuhan sebanyak 38% berbanding tahun sebelumnya,

Motorola pula meneruskan pertumbuhannya secara sederhana di pasaran AS, dengan peningkatan 2% yang terus mengukuhkan kedudukan dalam segmen pertengahan.

Bagi dua syarikat terakhir dalam senarai lima teratas, Google mencatatkan peningkatan 13%, manakala TCL mengalami kemerosotan ketara sebanyak 23%.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Harga iPhone 17 Dijangka Naik Sekitar RM200
  • Keuntungan Suku Tahunan Samsung Menjunam Lebih 50%

Sumber: Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY