Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Charge

Pakar Australia Bimbang EV China Berisiko Jadi ‘Bom Jangka’

Diterbitkan September 18, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang pakar keselamatan siber dari Australia, Alastair MacGibbon memberi amaran dengan dakwaan yang agak ekstrem bahawa jutaan peranti buatan China yang disambungkan ke internet di Australia, termasuk kenderaan elektrik (EV), boleh menjadi “bom jangka” yang boleh dimatikan atau diletupkan dari jauh.

Beliau menegaskan, dasar kerajaan Australia terhadap EV China bercanggah dengan keutamaan keselamatan negara.

Perkara itu dinyatakan beliau semasa Sidang Kemuncak Kewangan Australia yang berlangsung Selasa lalu.

Malah beliau turut menyeru supaya pegawai awam Kerajaan untuk tidak menaiki kenderaan tersebut.

Pakar Australia Bimbang EV China Berisiko Jadi ‘Bom Jangka’
Alastair MacGibbon merupakan bekas penasihat siber kepada Perdana Menteri Liberal Malcolm Turnbull dan kini ketua pegawai strategik di CyberCX.

Beliau mendakwa, EV moden yang dilengkapi dengan kamera, mikrofon, dan GPS, berpotensi digunakan sebagai alat pengintipan serta senjata siber.

“Penyelidik dan penggodam telah menunjukkan bahawa mereka boleh menghentikan enjin jarak jauh serta mengunci dan membuka kunci kenderaan yang dihasilkan oleh pelbagai pengeluar, sementara yang lain telah menjejak lokasi kenderaan dan mengumpul butiran kewangan pemandu.” Petikan laporan oleh Institut Dasar Strategik Australia (ASPI) pada 2023 dahulu.

AS dan EU telah mengenakan tarif tinggi terhadap EV China atas risiko keselamatan, manakala Australia masih membenarkan kemasukan tanpa sekatan, dengan jualan yang melonjak sejak 2019.

ASPI turut memberi amaran bahawa data yang dikumpul EV — termasuk lokasi dan maklumat peribadi — boleh dieksploitasi untuk tujuan pengintipan atau sabotaj.

Risiko ini semakin meningkat dengan jangka hayat EV yang panjang dan sambungan internet berterusan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Dubai Uji Teknologi Imbasan Baharu, Laptop Tak Perlu Dikeluarkan Dari Beg
  • Nokia Lancar Rangkaian Radio 5G Pertama Di Dunia Pada Rel Kereta Api

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY