Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_ BERNAMA

Syarikat Penerbangan Perlu Kembalikan Bayaran Penuh Jika Lewat Lebih 5 Jam – Loke

Diterbitkan Ogos 28, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh Amalina Athman

Syarikat penerbangan dikehendaki menawarkan pilihan bayaran balik penuh bagi kelewatan penerbangan lima jam atau lebih kepada penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka, berkuat kuasa 2 September 2024.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara itu antara penambahbaikan baharu dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) dilaksanakan Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang bakal diwartakan September ini.

Untuk gangguan penerbangan yang disebabkan oleh keadaan luar biasa, syarikat penerbangan dikehendaki terlebih dahulu menawarkan bayaran balik dalam mod bayaran asal. Syarikat penerbangan juga boleh menawarkan mod bayaran balik alternatif seperti baucar perjalanan atau credit shell.

Walaupun begitu, beliau berkata pengguna mempunyai hak untuk memilih mod bayaran balik yang dikehendaki. Tempoh bayaran balik kepada pengguna ialah selama 30 hari dan ia bergantung kepada pilihan kaedah pembayaran.

Melalui penambahbaikan baharu itu juga, Loke berkata semua penerbangan yang dibatalkan mesti dikeluarkan daripada semua sistem tempahan, termasuk platform ejen pelancongan dalam dan luar talian.

Berkuat kuasa Januari tahun depan, sebarang perubahan dalam Waktu Perlepasan Yang Dijadualkan (STD) mesti dimaklumkan kepada pengguna sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal, melainkan disebabkan keadaan luar biasa atau masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, kegagalan mematuhi MACPC boleh dikenakan penalti maksimum RM200,000, dan dalam kes ketidakpatuhan berulang akan dikenakan 10 kali ganda daripada penalti pertama.

Berkaitan

  • Tiga Tahun Lagi, Warga Pantai Timur Boleh Balik Raya Guna ECRL
  • JPJ Ganti Kamera AwAS Baharu Secara Berfasa
  • Aplikasi MyJPJ Rekod Lebih RM28 Juta Transaksi Dalam Tempoh Sebulan
  • CAAM Larang Terbang Dron Tanpa Kelulusan Di Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Bermula 26 Hingga 31 Ogos

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY