Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Pemula Malaysia Bekerjasama Dengan China Untuk Inovasi Bandar Pintar

Syarikat Pemula Malaysia Bekerjasama Dengan China Untuk Inovasi Bandar Pintar

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh ariff bukhari

AlphaMove, sebuah syarikat pemula blok rantai (blockchain) Malaysia telah menandatangani Perjanjian Kerangka Kerjasama Strategik dengan Jabatan Penyelidikan Guangxi di bawah Kerajaan Wilayah Nanning, China.

Kerjasama ini diumumkan semasa Forum Kerjasama AI China–ASEAN, bertujuan membangunkan ekosistem blockchain awam yang telus, mematuhi peraturan, serta dipertingkat dengan keupayaan AI.

Syarikat Pemula Malaysia Bekerjasama Dengan China Untuk Inovasi Bandar Pintar
Pasukan AlphaMove mengunjungi hospital terbesar di Nanning untuk meneroka aplikasi dunia nyata bagi AI Perubatan dan integrasinya ke dalam sistem penjagaan kesihatan pintar.

AlphaMove dan jabatan itu akan menubuhkan makmal penyelidikan AI dan blockchain di Kuala Lumpur serta Nanning bagi  meneroka aplikasi dalam aset dunia sebenar, pengurusan risiko, integrasi teknologi dalam kesihatan pintar dan bandar pintar.

Kerjasama ini sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan digital antara Malaysia dan China dalam menyokong transformasi ekonomi pintar ASEAN, dan meletakkan blockchain sebagai tulang belakang pembangunan bandar masa depan.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • MAS Kini Terbang Dengan Bahan Api Hijau Bancuhan PETRONAS
  • Unifi TV 2.0 Untuk Semua - Serendah RM8/bulan, Ini Pelan Yang Ditawarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY