Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi tv 2.0

Unifi TV 2.0 Untuk Semua – Serendah RM8/bulan, Ini Pelan Yang Ditawarkan

Diterbitkan September 16, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh Amsyar Latif

Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan Unifi TV 2.0, versi baharu perkhidmatan penstriman dan televisyen yang kini boleh dilanggan oleh semua pengguna, termasuk bukan pelanggan Unifi. Bersama kemas kini antara muka dan fungsi carian universal merentas aplikasi, Unifi TV 2.0 turut hadir dengan pelan langganan yang lebih fleksibel dan harga mampu milik.

Terdapat tiga pelan utama yang ditawarkan. Build-Your-Own Pack berharga RM16 sebulan semasa promosi (harga asal RM30) membolehkan pengguna memilih lima saluran premium dan satu aplikasi penstriman Asia. Pilihan ini boleh ditukar pada bila-bila masa mengikut citarasa pengguna, sesuai untuk mereka yang mahukan kawalan penuh terhadap kandungan yang ditonton.

Unifi TV 2.0 Untuk Semua – Serendah RM8/bulan, Ini Pelan Yang Ditawarkan
Build Your Own Pack

Bagi yang mencari pilihan bajet, TM menawarkan Value Pack dengan harga serendah RM8 sebulan untuk bukan pelanggan Unifi sepanjang tempoh promosi. Pelan ini menyediakan akses kepada 36 saluran asas hiburan dan keluarga bersama aplikasi Unifi TV 2.0.

Value Pack – 1
Value Pack – 2
Value Pack – 3
Value Pack – 4

Untuk pengguna yang mahukan pengalaman penuh, terdapat Premium Pack yang menawarkan all-star pack (RM88/bulan) atau super star pack. Dengan harga promosi RM111 sebulan (berbanding RM181 sebelum diskaun), ia menawarkan hampir semua saluran dan akses ke aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO Max dan Viu, bergantung kepada pakej yang dipilih.

Premium Pack

Selain itu, TM menekankan bahawa semua pelan Unifi TV 2.0 ditawarkan tanpa kontrak. Pengguna boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa mengikut kitaran bil.

Bagi pelanggan sedia ada Unifi, harga langganan biasanya lebih rendah dan terdapat bonus tambahan seperti akses percuma ke saluran atau aplikasi tertentu, manakala bukan pelanggan masih boleh menikmati harga promosi walaupun tidak melanggan perkhidmatan jalur lebar TM.

Promosi ini berlangsung dari 13 September hingga 12 Disember 2025, dan pelanggan yang mengekalkan langganan selepas tempoh tersebut berpeluang menikmati kadar promosi yang sama.

Dengan struktur pelan baharu ini, Unifi TV 2.0 memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna di Malaysia, sama ada mereka mahukan pakej asas dengan harga rendah, fleksibiliti membina pakej sendiri, atau akses penuh ke saluran hiburan premium.

Berkaitan

  • Rebut Telefon Pintar 5G Secara Percuma Sekarang Dengan Unifi EzOwn
  • Unifi Mobile Kini Ada Pelan Pascabayar Dengan Netflix - Serendah RM79/Bulan, Tanpa Kontrak
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY